Dapat tak dapat belum tentu

hari tu saya singgah koperasi kat office saya ni ha.
tujuan nya sebab nak tukar ada la benda alah saya beli yang ada kerosakan, so pegi mau tukar baru lah.
tetiba tengok maybank ada buat promosi tukar kad kredit biasa ke islamic.
pastu annual fee waive, dapat point petronas bagai.

memula saya macam malas lah nak tukau.
tapi dah dipujuk rayu oleh staff maybank tu so macam iya iya lah.
tukar je kan. dapat tak dapat belum tentu.
sementelah tak kena bayar apa-apa. ok zasss.

pastu siaplah ha ada lucky draw la la tu.
so cabutlah kertas.
dapat travel adapter. pastu depa bagi satu beg kecik macam toiletries bag.

setiba tiba kaktin plak muncul.
takde la setiba sangat, memang dah janji la pun nak jumpa kejap, ada hal.
dan setiba tiba kaktin pun terjebak jugak tukar kad.
tapi lucky draw ia dapat beg laptop maybank yang cantik!
#huntonglaaa

20130912-113736.jpg

dah habis urusan dengan maybank, zass pi jumpa ghaz dengan ramzul.
kaktin ada perbincangan sikit.
bagus kaktin ni, walaupun dah meninggalkan department lama, ukhuwah masih dijaga.
ukhuwah ok.

tapi ukhuwah tak berapa ukhuwah bila ghaz menjerit tengok beg laptop yang kaktin dapat tu.
dan terus tarik berebut macam budak kecik.
saya sebagai saksi kejadian merakamkanlah detik yang hoi-beg-laptop-maybank-pun-nak-rebut-ke-kew?

ghazkaktin

agak-agak korang kaktin bagi ke tak beg tu pada ghaz?
ke kaktin hempuk ghaz dengan beg itu?
atau ukhuwah mereka terputus di tengah jalan?

23 thoughts on “Dapat tak dapat belum tentu

Comments are closed.