Tragedi Syawal ke 2

syawal ke 2 mama masak bihun sup dengan sup tulang/daging.
tapi saya makan dengan nasi himpit sebab banyak lagi nasi himpit.
saya rasa kan, keterroran saya masak sup daging ni waris dari mama lah.
wah matiklah perasan terror nau masak sup daging he he he.

P8090046

lepas makan takde buat apa.
layan bebudak je lah. meh snap gambar dulu.
gambar saya takde sebab malas nak kaut tudung.
tapi nak bagitau jugak, saya pakai baju kurung biasa je.
kainnya beli kat bandung sana. warna hijau muda 🙂

P8090048

P8090049
: : budak mengaruk tamo mandi : :

lepak lepak dalam bilik 3 ketul.
bilik adil dah pasang aircond.
so lengkaplah sekarang tetiga bilik pun sudah ada aircond.
syurga syurga.
tahu aje lah taiping kan panas menghangat.
ni pun saya dok kira kira berapa kos gamak nya kalau nak pasang aircond kat hall pula. hmmm..

masa ni tengah bincang caca nak hadiah apa untuk birthday ia.
saya kata bajet RM50 ke bawah.
yaya bagi cadangan. beli kat kedai 2ringgit.
saya kata kalau beli kat kedai 2ringgit caca boleh dapat 25 barang.
terus dia cam wahhh.
yaya menyampuk ‘boleh la ca. boleh ca belanja kakak’
he he he. comel lah anak-anak ini.

so decide kata pepetang sikit nak ajak opah pegi kedai 2ringgit tu.
yaya pun keluar bilik nak bagitau opah.
saya dengar lah dari tepi tingkap.
opah kata OK.
tup seminit lepas tu, handphone opah berbunyi.
dapat perkhabaran duka 🙁

P8090053

paklang saya, adik mama dah kembali ke rahmatullah tengah hari syawal ke 2 tu.
actually semalamnya mama ada call arwah.
memang dah janji mama nak turun melaka hari isnin.
dengan maklong dan rina.
rina janji nak hantar sampai melaka.

itu lah orang kata, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan.
paklang saya kanser. kanser darah.
pastu dok berbincang gitu gini satu keluarga.
kami decide nak gerak ke melaka petang tu jugak.
sekalian dengan maklong dan kak liza sekeluarga.

blouse depa ni saya beli kat kedai area rumah kaktin.
yang baru puasa hari ke 2 saya dah shopping tu.
RM12 je sehelai.
cici pakai muslimah sangat ok he he he.
sib baik muat je semua pakai.
kain jenis lembut, tak panas.
warna pun suwit muwit je..

P8090055

P8090054

lalu bertolak lah kami ke melaka.
pukul 4 petang dari taiping. sampai masjid tanah melaka pukul 12 tengah malam.
jangan kau tanya berapa kali stop.
bawak budak kecik ni sah sah la kan terberak la, terkencing la apa la.
pastu gi toilet la, abang long smoke lah. solat lagi.
gedebak gedebuk tu yang total 8 jam on the road.

sampai rumah maklang salam apa semua.
duduk kejap borak. pastu mintak diri lah.
yang lain semua tidur situ.
saya je la kekwat nak tidur hotel #TDDMKA

memang ingat nak cari dedekat masjid tanah je lah.
tapi pusing punya pusing takde motel area situ.
malas lah nak pegi yang chalet kat kuala sungai baru tu.
sebab dah pukul 1 pagi kot kan.
sapa ke pun nak layan.

last last sampai ke bandar melaka.
masa lalu kat satu traffic light tu kan, ada beratus ratus motosikal dok vroom vroom.. cam takut gila kot saya tengok.
saya dok doa tawakal dalam hati je jangan la ada samseng ke apa.
memang kat melaka gitu ke eh memalam?
dah la malam raya.
merempit tanpa sempadan. ishh so scary.

kat bandar melaka pun lebih 10 hotel semua pun full house.
heyyyy apa apaan ini?!?!? korang tak beraya ke hapa?
ujung ujung sampai ke bandar hilir sana.
nasib baik la ada satu bilik kosong. last kopek.
saya cakap dengan encik z, zasss je lah.
RM120 *nangis campak wallet tepi longkang

asia heritage hotel namanya.
nama bilik semua pun nama negara-negara asia.
kitorang dapat bilik north korea.
masalahnya, kita boleh ke pun kalau nak pegi north korea?
tak boleh kot ek?
kalau boleh, kau mampu ke nak pegi normaya?

bilik ok lah. no major complaint.
except pintu bilik air yang dok gogekgogek tak boleh tutup proper.
aircond sejuk.
masuk bilik, cuci muka cuci kaki, terus zzzzzzz.

hotel

P8100059
: : dah macam hantu budak kecik plak gambar ini : :

hotel1

esok pukul 12 tengah hari check out.
mau cari makan dulu sebab saya dengan yaya kelaparan tahap max.
nampak ada restoran asam pedas depan restoran, so kasik zass je lah kat situ.

P8100067
: : restoran zaiton namanya : :

sayur sepesyen je semua sebab masa kitorang sampai sayur ni je yang ada.
encik z ambik sambal udang. yaya ambik ikan goreng.
saya mestilah ambik asam pedas!
asam pedas tetel. hoihhh setappppp.

P8100065

terus gerak ke masjid tanah.
lepak borak sembang gebang apa semua lah.
masa ni baru lepas habis majlis tahlil.

P8100068

P8100070
: : blouse dan skirt saya dari thepoplook : :

mlka
: : ayah chu melayan cici main game sesajork kat ipad : :

mommy, nak ambik gambar dengan lembu boleh?
boleh. jom.
mommy, lembu tu nanti kejar yaya tak. yaya pakai baju merah ni.
errrr….

takde mana lembu kejar.
saya acah sikit je lembu cabut lari.
tengok zaman berubah. lembu pun dah takut dengan manusia.

mlka1

pukul 3.30 petang camtu saya dengan encik z mintak diri.
yaya stay sebab hari isnin FM nak ambik dia beraya sesama.
sokayyy.
macam saya dok cakap sebelum sebelum ni.
kalau dah takde jodoh bercerai, cerai je la molek molek.
takyah nak gaduh ugut bawak lari anak segala.
anak ni pinjaman Allah.
kau nak bawak lari takat mana pun, kalau Allah nak ambik balik, bebila je.
makanya berbaik je lah kita sesama manusia.

masuk bandar melaka balik sebab nak melawat maamar.
dapat jugak jumpa si kenit ini.
ia demam, tak sihat. selsema batuk segala.
alahai siannya.
tu yang macam monyok je.
walhal yana kata kalau ikutkan peramah dak maamar ni.

maamar
: : cepat sihat sayang mommy : :

pukul 6 petang gerak dari melaka.
stop kat ayer keroh kejap.
dah sampai melaka tak sah la kalau tak shopping makanan kan.
stok belacan ada lagi so takyah.
tapi beli la bebenda lain.
tempe goreng, candy kelapa, cakar ayam, biskut kelapa, sotong kering, dodol, pisang salai, satay cucuk & perencah asam pedas.

553039_10151875595799131_215153981_n

stop maghrib kat hentian seremban.
jalan agak sesak.
lepas solat saya rasa pening pening.
pastu amik kau selambak saya muntah.
gamak perut tak tahan dok sumbat makan memacam barangkali.

sampai KL terus pegi wangsa walk mau dinner.
makan kat mango chillies.
green curry beef dah habis, so ambik tomyam udang saja lah.

mango

sampai rumah terus pengsan.
gitulah kisah raya ke 2 dan ke 3 saya 🙂

4 thoughts on “Tragedi Syawal ke 2

    • haha.. senang sekalikan satu entry je azue.
      malas dah nak berpart part hikss..
      tq for reading! 🙂

  1. Kak Maya,

    sori mengkepoh..cantik tudung akak pakai yg dlm gmbr dgn baby tu..beli kat mana kak?tudung namha ke ni?

Comments are closed.