Tragedi Malam Raya

sehari sebelum raya tu saya kerja half day pagi.
so lepas zohor, saya dengan encik z pun bertolak lah pulang ke taiping.
sepanjang jalan saya tidur je sebab sakit kepala.
tup tup tengok dah sampai taiping. heee dasar.

alhamdulillah jalan tak sesak ke apa.
pukul 2 petang gerak dari KL, pukul 5 petang camtu dah selamat sampai.

menu berbuka di hari terakhir berpuasa tahun ini ialah..

DSCN1124
: : air ribena dan air oren : :

DSCN1126
: : nasi ulam air tangan mama yang ohsem : :

mama kata masuk ni je dah 3 kali buat.
yaya suka sangat makan nasi ulam ni.
like mommy like daughter gitu.
terbaik la nasi ulam mama ni, memang takdapat kat memana ah.

lauk lauk lain pembuka selera.
sambal sotong, kari ikan, udang masak lemak campur belimbing buluh, ikan masin, kari daging dan sambal belacan.

DSCN1129

lepas berbuka, solat apa semua, melepak lah reramai dalam bilik mama.
kecuali encik z la kan.
lepak borak lipat baju segala.
tup tup dalam pukul 8.30 malam tetiba ‘poppp’
bunyi effect elektrik terpadam daaaa..
sesuai ke idok bunyi ‘pooopp’ tu. hantam je lah.

yer blackout di malam raya.
macam tau tau je tema raya saya tahun ni blackout yer.
dah blackout gitu, bawak bawak lah keluar dari rumah.
panas yeop.
encik z layan bebudak main bunga api.

DSCN1130

DSCN1131

DSCN1132

tapi berapa lama nau boleh layan main bunga api kan.
yang peliknya ada rumah yang ada elektrik, rumah belah kiri kitorang tu elok je lampu segala menyala.
yang belah kanan takde plak.

pastu nampak ada sorang pakcik ronda naik motor check kawasan.
mama tanya lah ia. dia kata dah report dah kat TNB sebab rumah ia pun takde elektrik.
saya suruh gak encik z call.
kira lagi ramai call lagi bagus la kan.

tunggu punya tunggu takde gak elektrik.
sib baik yaya, caca dengan cici takde meragam ke apa.
dok melenggeng bukak baju main dalam gelap gelak gelak.
saya ni ha yang meragam.
yer la bayangkan mata ngantuk, cuaca panas, migraine pula itu.
nak tidur tak boleh tapi ngantuk, pakej plak dengan migraine.  haaa.. tak ke mengundang amukan tu.

ujung ujung saya terlena sendiri je.
sesedar kipas dah pusing. tapi tak de daya nak tengok jam pukul berapa.
esok paginya baru kaklong bagitau.
takde elektrik dari pukul 8.30 malam santak ke 2.30 pagi.
malam raya ok. tak ke tragedi tu?

masa memula takde elektrik tu haruslah nak menyumpah TNB kan.
tapi bila technician TNB datang, rupanya sebab ada orang main mercun ke bunga api ke.
sudah sambar salah satu wayar.
maaf TNB, i dah salah sangka dengan u. huhuhu…