Blog Maya Dot Com

Thalaivaa!

last week saya gi nonton filem Thalaivaa.
yer filem tamil anak-anak.
ala korang pun tau saya ni memang suka je nonton filem tamil kan.
yang buat gedik sangat nak nonton sebab ada vijay.
selain berlakon, vijay pun mengarah cerita ni. so wajib pegi nonton.

gi nonton kat gsc midvalley sana.
hari sabtu. ambik show pukul 11.15 pagi.
gigih kan.

20130819-141713.jpg
: : bergambar bersama vijay. poster pun bolehhh : :

sebelum tu nah korang tengok dulu trailer ni.
ambik feel feel.
sebab saya tau korang memang tak ah kan nak gi nonton thalaivaa ni kat panggung.

amacam best ke idok trailernya?
apa? tak best? *baling parang kat korang
kalau korang kata tak best pun, apa saya kisah.
saya rasa best jeeee.

thalaivaa maksudnya the leader. cogankata filem ni time to lead.
cogankata kata kau normaya.
sinopsis cerita ni nah pegi korang baca kat SINI
panjang benau maleh saya nak translate ia.

3 jam dalam panggung tak terasa pun sebab best angat.
cerita ni agak kontroversi tau kat india sana.
sebab ialah kisah 2 puak kan.
tamil & punjabi.
bunuh tembak tendang parang bom segala toksah cerita la.
memang kau kena hadap je lah.

tapi standard filem tamil kalau takde nyanyi nyanyi tak sah.
ada 6 lagu. lagu tamil pasanga yang dok shoot kat sydney kemain panjangnya kau.
memula ingat macam nak habis tapi pastu sambung lagi.
tapi saya layannn je.
terus cam berangan angan nak pegi sydney *kira syiling dalam tabung

kalau korang nonton cerita ni mesti korang cam ‘wohh.. tak sangka..’
sebab ada 2,3 kejutan yang memang kita tak xpac la gitu.
scene sedih kemahen sedihnya sampai encik z tanya ‘normaya, kamu nangis ke?’
ye laaa ai kan berjiwa sensitippp..
scene sedih la kena nangis. takkan nak ketawa hahahhahahaha piula.

masa bapak vijay mati kena bom.
masa kawan kawan dia semua mati kena bunuh orang jahat.
masa perempuan punjabi yang cantik kena bunuh.
masa bapak vijay serahkan vijay baby kat kawan dia.
bab lawak jenaka kita tertawa la kan. takkan nak sob sob piula.

ah saya nak share satu ayat dari pakcik vijay.

‘kita berdiam diri bukan sebab kita takut.
tapi kita menunggu masa yang sesuai untuk bertindak’

gitu kata pokcik yer.

tapi kan kekadang pokcik, tak payah bertindak pun tak mengapa.
bak kata pepatah ini.

No need for revenge. Those who hurt you will eventually screw themselves up. And if you’re lucky, God will let you watch.

tapi sebenarnya saya lebih berminat dengan kata-kata:

Biarlah diorang menang. kita tak kalah apa-apa pun sebenarnya.

Amboihh.. bila kena tang orang kemahen bersorak kan. berkat bacaan yassin 3 bulan berturut turut katanya.
bila kena kat batang hidung sendiri, pandai pulak defensif.

bila orang kahwin dengan laki orang, kau kata perempuan tu gatal.
bila kau yang kahwin dengan laki orang, kau kata jodoh.
di manakah keadilan?

bila orang cerai tak cukup 3 bulan dah ada boyfriend, kemain keluar kitab buat kiraan eddah, putaran haid bagai.
bila sendiri eddah baru sebulan, tetiba kata dah bertunang, eh boleh?

yang sebenarnya, kahwin, cerai, rujuk, kahwin suami orang dan sebagainya, tu semua perkara biasa je.
takde apa yang nak dihairankan pun.
putaran hidup.
yang jadi hairan bila bercakap menongkat langit.
orang lain serba salah serba tak kena.
diri sendiri je sokmo betul.
itu yang buat orang benci.
lepas tu apa yang kau cakap cakap kat orang dulu, sekarang tu yang kau buat. patah balik kat kau.
maharajalawak. mega.

dulu saya pernah la disuruh mintak maaf dengan semua orang yang saya pernah buat salah, and yes I did.
tapi orang yang suruh saya buat tu, dia pandai cakap je.
dia tak buat pun?
kalau ikut kiraan saya rasa dah lebih 10 orang yang dia sakitkan hati, dan setau saya tak sorang pun dia mintak maaf.

cuba kalau mintak maaf elok-elok.
mengaku kesalahan. jangan ulang.
insya Allah saya rasa lebih 10 orang ni semua boleh maafkan.
hati kena bersih.
eh apa hal tiba-tiba dari thalaivaa melencong ke entry tazkirah ni?
*betulkan sari dengan tudung

lama jugak dah saya tak buat luahan perasaan suam suam kuku ceni kan?
kasi can laaaa lepas geram sekali sekala.
walaupun saya muslimah ada masa hati terusik jua.
*tarik stokin sampai lutut

nak suh korang tengok youtube ni pula.
lagu tema thalaivaa. bertajuk thalapathy thalapathy.
bersemangat betoi saya dengar lagu ni.
ni dah sekarang saya dok ulang ulang lagu ni.
kot kalau tetiba korang jumpa saya tengah nyanyi lagu ni jangan la buat buat terperanjat plak. marilah kita bernyanyi bersama.

kalau korang nak feel feel thalaivaa jugak, hah gi download semua lagu ada kat SINI

saya tengok kat youtube di sebalik tabir thalaivaa.
mak aiii ramai nya orang india kat sydney eh?
semua berpusu pusu nak bergambar dengan vijay.
vijay pun tenang, baik je melayannn.
kalau saya ada kat situ, mesti saya pun tumpang sekaki berpusu pusu.


: : vijay, why u so handsome? : :

rasa macam nak je pegi tengok lagi sekali.
kalau masy ada harus saya paksa dia teman.
tapi dia tengah bergembira kat melbourne sana.
mohon usah diganggu.
sapa nak nonton dengan saya? jom.
saya belanja #iniserious

    10 thoughts on “Thalaivaa!

    1. Mariah

      Dah lama tak tengok citer tamil, citer tamil nih kalau scene sedih tak menahan… meleleh ayor mata ayor idung…tp tazkirah ujung-ujung tu yang best tu.. (Y)

    2. nama saya Ain

      HAHAHAHAHA

      semua semua perenggan aku hahaha saja, kak. Lucu. Maharajalawak Mega. part lucu kita gelak. Part sedih kita nanges. Gitu la kannnnn hukhuk

      Nan unnai kaathalakirren, Vijay. (L)

    3. purpledi

      tgk jugak cerita tamil tp idokla smpi tahap tgk kat panggung.
      btw i like u punya luahan hati itu..
      akhir kata, majulah filem tamil untuk negara! erk

    4. drInspirasi

      Haha, ada juga orang Melayu layan. Dulu pernah layan cerita Sivaji, tapi tiada subtitle dan yang menariknya saya seorang Melayu, lain India. Tu serik nak layan

    5. cemylya

      Hehe..sgt salute kat En. Z sbb sudi temankan Mya tengok citer tamil tu..ingatkan Mya tengok sorg..kiter tak pernah tengok citer tamil kat wayang tp pernah tgk citer cina kat panggung yg penuh dgn semua warga cina jek..nasib baik ader subtitle..huhu

    6. cikjuetomey

      hoho…dh jumpa geng dah.ingt kita je suka lyn tamil…;)
      cikjue dh tgok cite ni..kita tgok dkt setia walk puchong…tp seriusly best!!!!!vijay anna mestilah tak pernah nk hampakan peminat dia kan?kita gi 4orng…so kitaorg jelah malay kt dlm tu.yg lain sume india..alah ada kita kesah.bkn apa pn,tutup lampu lyn jelah cite tu.
      kita suka sangat lagu tamil pasanga dgn yaar inda salai oram..aiiihhh romantiknya..mula2 start cite tu mmg layan gelak je..mati2 ingatkn cite dia psal diaorg nk jd group dancer je..tp mcm xlogik plk cite tamil takde adegan tendang terbang ke baling parang ke..dh lebih stgh jam bru kuar intermission!!cess!!wat suspen jek.ini second film vijay kita tgok kt wayang…dulu thuppaki.itu pun best jgk..vijay jadi askar.pakai seluar celoreng..hensem giler!!lagu2 dia pun sume best jgk.conclusionnya hidup vijay anna!!!!!erkkk..haha