Terima kasih Sahabat ^__^

saya initiate gathering dengan geng vokay.
bermula dengan message kat facebook.
pong pang gitu gini, akhirnya semua agreed nak gather on Syawal ke 17.

20130828-155743.jpg

macam biasalah, saya buat sup tulang/daging.
makan dengan nasi himpit.
dah itu jer pun yang saya reti kan.
lagi pun depa tak penah lagi makan sup tulang/daging buatan saya.
so takde lah segan sangat kot he he.

20130825-225445.jpg

janji semua nak sampai dalam pukul 2 petang camtu.
first sekali sampai chelly.
aterrr rumah ia dengan rumah saya sekentut je kot.
berlari pun sampai.

20130825-225752.jpg
: : chelly yang kurus : :

20130825-225737.jpg
: : chelly, alya, mya : :

20130825-230146.jpg
: : takyah nak terperanjat sangat la normaya : :

tak lama pastu baru lynda sampai.
lynda dari subang sana.
pastu tunggu la plak naim yang dekat sekentut jugak tapi tak sampai sampai.
dari wangsa maju nak berwaze bagai. sabau je lah.

20130825-230156.jpg

ok naim dah sampai.
masa ni tengah tengok album gambar.
gambar lama lama waktu zaman sekolah dulu.
apa lagi kena lauk je la masing masing.
dok recall gambar ni gambar tu.

yang saya dok pikir eh banyak betul gambar kita ek.
pastu ntah sapa sapa lah mangsa kita suruh snap gambar.
tapi gambar dengan lynda tak banyak, masa tu lynda geng lain.
eh memula geng kitorang, pastu keluar geng.
pastu masuk balik geng. begitulah. he he.

20130825-230202.jpg

20130825-230241.jpg

bagi can para suami menjamu selera dulu, pastu kitorang plak ambik tempat.
sembang pot pet gitu gini prong prang.
best sangat. rindu depa.
last berjumpa dulu kat rumah chelly/lynda, masa tu hmmm 7 tahun lepas kot?
fuuu bapak lama oh tak jumpa depa.

20130825-225623.jpg

oh lupa plak nak bagitau yer.
naim, chelly & lynda ni kawan saya masa kat sekolah vokasional taiping dulu.
kira masa form 4 dan form 5 lah kami kenal dan berkawan kawan.

saya macam baik berdua dengan lynda.
penah ikut dia pi rumah makcik dia sampai seremban sana.
pastu penah duduk rumah bujang sesama kat pantai dalam.
mengikuti rentetan percintaan dia.
dari boyfriend masa sekolah sampai la husband dia ni.
saya jadi pengapit kahwin dia kat seremban sana.
masa tu pinjam kebaya biru ernie punya he he.

dia pun kenal je boyfriend saya, pastu saya kahwin apa semua.
kira kalau nak sembang apa memang senanglah sebab dah tau sejarah memasing.
tapi kita tak penah plak declare bff ek lynda?
heeee..

naim & chelly geng melepak kat taiping.
lepak kat mcd, tengok wayang, lepak kat food court, masuk aktiviti kat sekolah, pegi karaoke.
oh kenangan terindah sangat.
antara kawan-kawan terbaik yang pernah saya miliki πŸ™‚

20130825-225812.jpg

20130825-225832.jpg

masa pun time. masing masingΒ  mintak diri.
yer lah, dah bersuami, beranak pinak tak bolehla nak feel feel macam bujang kan. saya paham. no worries. πŸ™‚
insya Allah panjang umur boleh gather gather lagi ek kawan kawan..

20130825-225537.jpg

dulu saya pernah letak dah gambar gambar lama masa sekolah, takpe ni saya letak lagi sekali.
seronok jugak sesekali tengok dan teringat πŸ™‚

20130828-155752.jpg
: : dengan chelly : :

20130828-155808.jpg
: : memang dulu fesyen tudung ikat depan gitu kan? : :

20130828-155802.jpg
: : camping dan aktiviti berlakon : :

naim, chelly, lynda…
terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari hidup aku.
terima kasih kerana menerima buruk baik aku seadanya.
terima kasih di atas segala-galanya.
aku sayang korang lillahi Taala…Β  (L)

β€œPersahabatan itu tidak terletak ada pertemuan, tidak terletak pada manisnya ucapan di bibir, akan tetapi pada ingatan seseorang terhadap sahabatnya dalam berdoa.”  (Imam al-Ghazali)

16 thoughts on “Terima kasih Sahabat ^__^

  1. bab hitam berlengas tu tak bleh tahan.. hahahaha… tapi memang sungguh pun *janji ada boyfriend.. ahahaha..

    • ye lah zaman sekolah kan.. hitam berlengas itu perkara biasa maa..
      aha i hitam berlengas pun i ada boyfriend okk hehe

  2. alhamdulillah masih rapat dgn bestfren dari sekolah rendah & menengah
    walaupun bilangan dia dlm 4 org je tp i am blessed
    diaorg terima baik & buruk saya
    itulah dia sahabat

  3. mya, dulu mmg xde istilah bff…skang je baru ade..
    apalagi..declare la skang..hahaha..
    anyway, really hope that our friendship will never end…

    • aah eh dulu takde istilah bff kan? hikss..
      betul gak.. masih tak terlambat nak declare πŸ˜€
      eh jangan lupa plan kita nak travel sama2 tu tau

Comments are closed.