Blog Maya Dot Com

SHRAMZB

kena tuduh buat benda yang kita tak buat.
kena fitnah.
kena umpat. kena keji.
saya rasa kebanyakan dari kita semua pun pernah kena kan?
tak terkecuali saya.
ada satu masa tu saya kena fitnah hebat.
kat surau. saya call kaktin. mengadu.
‘banyak sangat dah dia salah sangka dengan aku kak’
‘takpe. kau sabar. kau sabar je’
saya mengadu pada Allah.
dan betul. Allah pun suruh saya sabar.
kesabaran saya yang bertahun tahun telah terbalas sekarang.
terima kasih Allah.
tapi sebagai manusia biasa, kadangkala saya lupa. saya alpa.
bila terbalas, sekelumit rasa benci itu berbaki rupanya.
dan bila saya pula terkena tempiasnya, dari orang lain, saya mula tersentak.
Allah cuba kejutkan saya semula.
supaya jangan berganjak dan tergelincir dari paksinya.
dengar kata, bulan Ramadhan ini boleh membuatkan hati yang keras menjadi lembut, hati yang sakit kembali lapang, hati benci dapat memaafkan.
tapi nyata. ada hati yang rupanya masih belum dibaiki. belum mendapat barakah Ramadhan.
I come in peace, but you’ll leave in pieces.
saya berniat baik. tapi awak ketawakan saya. sepuas puasnya.
ajak pulak kawan kawan awak ketawakan saya.
takpe. saya terima. ketawalah.
ketawalah selagi terdaya.
i’ve nothing to hide. i’ve nothing to loose.
Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai ‘tuan’dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita..Bila ada orang membuat kesilapan,siapakah kita untuk marah,berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya..
Setiap orang ada kelemahannya dan kekurangannya,termasuk diri kita..kalau hari ini orang bersalah dengan kita,tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang.Apakah kita jamin yang kita tidak akan dapat membuat salah atau silap?kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita ,pasti orang lain mengharapkan kemaafan diri kita..
Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua..Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH..Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya..Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH.. Umpamanya kita berkata “ALLAH,tidak patut Kau buat aku begini”..
Bila orang bersalah dengan kita selidikilah apakah dosa kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita.Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH,nanti akan datang rasa ‘memang patut dihukum’ dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja..
Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH,seharusnya kita bersyukur kerana dihukum didunia ini..Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia ini agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat..Sepatutnya ini mengembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.
Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang lain,kita tidak untung apa-apa..Apalagi kalau berdendam atau bertindak balas dan berkasar terhadapnya jadi kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.
Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan,yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH yang Maha Mengetahui..Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa ,kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.
20130731-144631.jpg
Selamat Hari Raya AidilFitri.
Maaf Zahir Batin.
(L)

    One thought on “SHRAMZB