Shopping Raya

weekend yang saya tak boleh puasa tu saya ajak encik z ronda-ronda KL.
tapi keluar pun dah lewat.
pukul 5.30 petang lebih camtu lah.
2 hari berturut turut keluar. sabtu ahad.

pegi midvalley. cari baju tidur yaya.
beli kasut saya.
saya beli kasut sarung ada tumit sikit jenama larrie.
kasut untuk santai dan pakai office jugak.
ini namanya konsep ekonomi. 2 in 1.
lagi pula kan saya baru jugak beli kasut jelly bunny hari tu.
so kasik sesah yang tu pun sokayy.
ada plak voucher RM65.
menjimat jugak lah di situ.

20130805-215843.jpg

pegi mydin kat kotaraya tu.
mau beli kain seluar dalam. eh seluar kain dalam.
eh??
taktau la panggil apa. tapi kain dalam la. bentuk seluar.
saya kena kumpul bebanyak sebab saya pakai kain/jubah/seluar besar saya memang akan pakai kain dalam seluar ni.
so far tak pernah terjumpa lagi kat tempat lain.
korang kalau tau sila lah share yer.

pastu mau beli stokin juga.
stokin yang sedia ada sudah longgar.
nak cari stokin pun satu masalah jugak bagi saya ni.
sesebelum ni saya beli kat soxworld.
RM7.90. tapi tu la macam singkat sikit la.
kalau terselak kain ke seluar ke, cam nampak kaki.
me dont like.

kat mydin ni boleh dikatakan muslimah gak la stokinnya.
dan tebal. so kasi beli 6 helai terus.
eh tapi bebaru ni saya ada terjumpa kat instagram.
orang jual candy socks. nanti saya nak try beli.
kalau ok kualitinya, hah beli online je la senang.
saya share dengan kome k?

20130805-215907.jpg

pastu pegi jalan TAR. beli baju melayu encik z.
beli tshirt ia kat sogo.
tshirt ia tu memang saya kena beli.
nak harap dia beli sendiri memang payah bebenau kot.
tau la lelaki. apa tshirt yang dia ada, selagi tak koyak selagi tu sesah kan.
so wife la kena prihatin sikit, belikan je.
apa yang saya beli biasanya encik z ok ok kan je.

nampak alas meja kat jalan TAR.
saya kan takde alas meja, memang nak nak nak sangat lah beli.
RM40 macam mahal tapi tak kira nak jugak.
sudahnya jumpa alas meja sebijik sebijun sama kat pasar tani JKR harga RM25 je.
*nangis bawah meja

tahun ni juga menyaksikan saya amat lah berjimat dalam pembelian biskut raya.
bukan apa, selalu pun bukannya habis sangat makan.
so kali ni saya pilih yang saya bebetul suka dan akan ngapp sehingga serdak terakhir.

tart nanas beli kat syikin.
2 bekas saya beli sebab sedap angat angat kot!
strawberry cheese tart beli kat norin. pun sedap.
biskut dahlia beli kat pasar tani jkr.
memula cam ketakutan jugak nak beli biskut dahlia ni, tapi tengok macam cantik menarik tertarik, so kasik cuba lah.
sib baik sedap.

selalu saya beli biskut dahlia ni kat kak shida.
tapi dia nya balik kedah raya.
biskut tu kakak ia yang buat.
so harus lah dapat lepas raya.
dapat lepas raya pun sokayyy je.
tapi yang saya beli kat jkr ni boleh ngap ngap dulu.

20130805-215832.jpg

kapit peanut. beli kat farah.
dah penah try dulu payiet bagi.
memang sedap dan saya suka. so beli.

20130805-163427.jpg

selain biskut raya, saya beli kerepek pedas ni dari kaktin si tokey muruku.
dan rempeyek beli kat kak ejan.
rempeyek ni sedap gila okkk.
saya ni bukanlah penggemar rempeyek pun.
tapi yang ni kenot resist. dia lembuttttt je.
ngap ngap masuk mulut uishh sedappp. RM7 sajork.

20130805-163442.jpg

baju raya?
saya ada 6 helai baju raya. over! haha.
takde lah.
yang bebetulnya sehelai je pun, yang nak pakai raya pertama.
baju lelain tu saya iron je semua.
tapi taktau laa nak pakai yang mana nya pun nanti.
tengok ler cemana yer…

2 thoughts on “Shopping Raya

Comments are closed.