Selepas 16 Tahun….

hari ahad lepas saya pegi beraya ke bentong dan raub.
sebelum bergerak lets brunch kat old town dulu.
saya makan ni ha. apa ke namanya. tapi wantan mee lah.
ada hirisan ayam. sedap juga.

20130819-150050.jpg

lalu terus meredah jalan menuju ke bentong.
ke bentong sebab mau ke rumah farah.
sebelum tu saya dah whatsapp ia. kata nak datang.
kalau dia tak ke mana, dan kalau tak menyusahkan.

farah ni kawan masa saya kat politeknik PD dulu.
tapi dia sempat satu semester je.
pastu dia cabut lari meninggalkan saya berseorangan sob sob.

hari pertama saya register kat poli, dia sebelum saya.
dia duduk sorang. saya pun approach lah.
jadinya nombor pendaftaran kitorang sebelah menyebelah.
dia 207. saya 208.
dan lepas tu kami pun berkawan baik.
nak plak ada sistem buddy kat poli ni, lalu saya dan farah pun menjadi buddy berdua.

tak tau nak cakap cemana, farah ni antara manusia paling baik saya pernah jumpa kat muka bumi ni.
tak pernah nya nak marah, merempan, meroyan.
dok senyum gelak. cakap pun kemain la haihh lembah lembut.
bergossip pun cam tak macam bergossip.

ada gambar gambar saya dengan dia dalam bilik kat hostel dulu.
nantilah kalau rajin saya selongkar cari, kot jumpa saya share kan.
walaupun 6 bulan je sempat sesama, tapi saya value sangat friendship dengan dia.

dah lepas dia tak muncul muncul habis semester 1 tu, lost contact terus.
yerlah dedulu manalah nak ada social network segala ni.
jumpa balik lepas saya beranakkan yaya.
tu pun saya pegi satu course ni, berkenalan dengan akak ni kerja kat bentong, saya tanya kenal ke idok farah.
sebab saya tau rumah ayah farah kat bentong, nak dijadikan cerita akak ni kenal.
saya pun karang surat untuk farah, so berjumpa lah balik.

tapi lepas lepas tu lost contact balik sebab handphone saya rosak.
semua nombor hilang.
dan tup tup setahun 2 ni terjumpa balik sebab farah jumpa blog saya.
mekasih blog sebab mempertemukan kami semula! *peluk blog

sesampai rumah farah hah ambik kau drama air mata peluk peluk.
selepas 16 tahun tak jumpa!
farah, aku makin lawa tak? hahaha..

satu jam setengah bersembang la kami sok sek begitu begini.
saya tanya farah ingat lagi tak boyfriend saya KHJ.
hah ingat lagi kau dia. siap tanya mana pegi dia? hidup lagi ke?
haha.
ada je hidup. bercontact je kat facebook nun.

masa bercinta kemahen memasing tunggu surat.
lawak gila bila ingat. kenangan 16 tahun dulu!
kengkawan DSK, korang ingat kot lagi farah kan?
lelepas farah takde tu la baru saya mula rerapat dengan ernie.
farah & ernie, dedua pun saya sayang angat angat.

20130819-150106.jpg
: : farah & anak-anak ia : :

3 orang dah hero hero farah.
saya tumpang gembira sangat-sangat 🙂

20130819-150115.jpg
: : normaya & faraheeda : :

tudung saya aidijuma, junefahmi present kan. tq june 🙂
dress dari www.butiknormaya.com

20130819-150124.jpg
: : bersungguh saya peluk farah! haha : :

gambar yang 2nd tu farah cakap.. ‘mama kau pesan, tolong tengok-tengokkan anak makcik’
aah yer lah. 6 bulan je sempat tengokkan, lepas tu kau cabut lari kan!
he he.

20130819-150130.jpg

terima kasih Allah SWT kerana mempertemukan kami semula.
🙂
farah, terima kasih di atas persahabatan ini.
aku sayang kau. lillahi Taala 🙂

6 thoughts on “Selepas 16 Tahun….

  1. farah maintain macam dulu-dulu…

    terima kasih kepada teknologi terkini.. kan.. yang jauh dapat di dekatkan.. yang dekat kita serasi-serasikan.. hehehe

  2. syoknya dpt jumpa kwn lama.
    lyn masih mencari kwn sekolah rendah yg lost contact sampai skrg.. best friend tu.
    tak tau dah nak cari mcm maner. Sedihhhhhhh 🙁

  3. bestnya dpt jejak kasih ngan kawan lama
    kemain akak ex bf KHJ…seb baik bukan KJ hehehe

Comments are closed.