hari tu masa on the way balik dari melaka, saya terdengar ada satu lagu ni berkumandang kat radio kat R & R ayer keroh tu. terus cam eh pernah dengar lagu ni tapi tak ingat tajuk apa sapa nyanyi.
so try ingat lirik, lalu mengoogle. dan dapatlah lagu itu. senang je zaman sekarang kan, bila dengar lagu kat radio, agak agak tak tau, google je. cer zaman dulu dulu, jenuh nak tunggu lagu tu main balik baru nak tanya kengkawan. begitulah teknologi #tetiba
lagu ni otai giler kot. keinsafan by kumpulan k’rabat. tahun 1994. saya form 3 masa ni. nah saya bagi korang baca lirik ia dulu.
Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi Kini terasa memecah kesunyian malam Dan aku di sini sendiri dibaluti resah Dibayangi sesal yang tak sudah
Renung langit sepi tiada purnama Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri Terpaku membisu tanpa suara dan segala Apa petanda, apa rahsia
Oh Tuhanku Yang Maha Esa Maha Penyayang Maha Pemurah Andainya malam yang begini Memberi pengertian untukku Mencari hidayahmu…
Maka kutadahkan setulus Pengampunan dan pengharapan Untuk aku menebus dosa-dosa semalam
Cukup setakat ini… aku merasa Terasing terhukum dalam sengsara Balasan dari kehancuran Yang aku ciptakan
Dan kini aku mengerti Antara dosa pahala Yang mana lebih utama Dalam meniti kehidupan dan hari kematian oh…
Andai malam ini satu peringatan Bersyukurku pada Illahi Andai malam ini satu kesudahan Ku pintakan… satu pengaduan Untukku menyudahkan kalimah Terakhir…
dengar tengah tengah malam, waktu hujan turun, fuhhhh jiwang i tell u. tapi lagu ni lagu ketuhanan yer. jangan sambil kau dengar dok bayangkan muka boyfriend pula.
kadang kadang dalam lagu pun boleh berdakwah kan. dengan lirik yang sesuai pun boleh je buatkan orang rasa insaf. tak banyak, sikit pun jadi lah. tapi kalau tak insaf jugak, tak leh nak kata apa la. hati memasing kan.
nah tengok youtube pertama ni dulu dan sila hayati. lepas tu tengok youtube kedua pulak. vokalis nyanyi kat kenduri kahwin selepas bertahun tahun lamanya. tapi suara tatapp maintain. kumpulan krabat juga terkenal dengan lagu mira edora nya.
P/S : perompak, perogol, pencuri pun tau insaf oiii. yang si lalang, si pemuka muka, si penyibuk, si sibuk-nak-jugak-up-entry-walaupunnnnn bila nak insaf ek??? ekkk?? ekkkk?????
2 thoughts on “Keinsafan”
x pernah dengar plak lagu ni…kejap nak google..
lagu ni memang cukup terkesan la… satu lagi lagu ukays tuh.. tajuk kita dijemput pulang kot kalo tak salah kami..
tapi lagu zaman-zaman remaja kita dulu memang best2 la rock kapak nya..
x pernah dengar plak lagu ni…kejap nak google..
lagu ni memang cukup terkesan la… satu lagi lagu ukays tuh.. tajuk kita dijemput pulang kot kalo tak salah kami..
tapi lagu zaman-zaman remaja kita dulu memang best2 la rock kapak nya..