Ke Rumah Maklong & Rumah Kak Gee

hidangan raya pertama.
seperti kebiasaannya lah.
lemang. ketupat palas. nasi himpit.
kuah kacang. kuah lode.
rendang ayam. rendang daging.

lemang tu mama dengan abang long beli.
ala beli tetepi jalan tu lah.
tapi apa ke teruk nau peniaga ni.
dedua batang pun ceroi.
ceroi maksudnya bila potong berderai derai.

yang abang long beli ok sikit la yang tetengah still boleh makan.
yang mama beli tu hancusss.
sedih la berniaga ceni. tsk.
tapi saya tak gemar lemang, so sokayy lah.
memang mengadap nasi himpit dengan kuah kacang campur kuah lode sajork.

dan seperti biasa jugaklah.
menuju ke rumah mak long.
tak singgah rumah tok sebab takde sapa.
paknjang maknjang balik parit sana.

1098437_10151875592179131_2032204980_n

P8080023
: : caca nak naik kereta mommy. aah naiklah nak : :

sampai rumah maklong lepak relax relax lu.
pastu terus terjah signature dish maklong.
mee kuah. slurpppppp…

P8080025
: : mee kuah air tangan maklong yang ohsem : :

P8080030
: : nampak besau dah perut kaklong : :

P8080034
: : sayang kakak! : :

abang long dengan encik z melepak kat luau je lah.
temanin cici yang dah berlenggeng.
satu hari berapa kali berak ntah.
kaki berak si cici nih.
aterrr dah makan memacam. walhal baru 2 tahun 5 bulan.
semua makanan dia kasik hantam.

rumahmaklong

1149023_10200796602930180_547273923_n
: : bagi duit raya time : :

P8080037
: : antara sepupu sepapat anak saudara sepupu sepapat : :

gambar ni snap atas permintaan group whatsapp kita kita aje.
semua pakat nak tengok baju raya memasing.
ah snap la guna bb kedaung saya tu, pastu whatsapp kat depa.
nanti rajin saya share gambar raya yang depa whatsapp.
meriah tema memasing.
pastu ada satu gambar meloyakan tekak. ugh!

1002580_10151866241789131_1960098702_n

dari rumah maklong terus zass ke rumah ayahngah abang long.
kat kamunting sana.
kebetulan kak gee pun ada kat rumah cuti.
tapi raya ke 3 fly ke london katanya.
untunglaaaa kerja pramugari fly sana sini.
kak gee, next time kalau stop lama, saya nak ikuttt fly.
tumpang hotel kak gee. boleh laaaa *buat muka tebal kulit lembu

P8080039
: : hah tengok biskut raya meriahhhh berbotol botol : :

kat rumah kak gee ada hidangan lauk rendang itik.
saya yang tolak kayu batu ni apa lagi ngapp ngapp la.
abang long & encik z tak makan. #rugilaaaa

nak ambik gambar dengan kakgee, punya lah dia paling taknak bergambar.
pfffffttt…
hah tengok saya dah up gambar ni kat blog.
rasakan kak gee. huh..
wah tadi kata nak tumpang hotel, ni memarah plak, cemana citer ni he he he..

P8080040

eh lupa nak bagitau, half moon shawl saya tu benarnya dari blog muslimahlovefesyen.
tapi sebab ernie pun dah ke mesir sana, tak dapat lah nak meniaga lagi.
tudung saya tu ernie yang hadiahkan 😀

suka angat angat sebab senang iron, tak mudah kedut.
dan tak panas. dan takyah nak lilit lilit macam shawl panjang tu
just pakai brooch kat tengah, pastu tarik kiri kanan.
hah dah siap.
bahu cover. belakang cover. me like 180juta kali.

sampai rumah mama, operasi mengira duit dijalankan oleh 3 sepupu ini.
by right, duit raya patut kurang lebih sama la kot kan.
tapi bila saya bagi kat yaya duit raya yang kawan-kawan saya kirim, si caca sudah tak puas hati.
tak puas hati duit kakaknya lagi banyak.

merajuk hentak hentak kaki masuk bilik.
marah marah mengamuk.
eieieiieiieie bikin panas tau caca ni!
kena ubah attitude tu, ca.
tapi takpe, kekecik mommy boleh layan lagi.
kot dah tua kebana nak merempan, memang mommy tangankan.
wah.. sesuka nak tangankan anak orang nih.

yer budak merempan takpe.
orang tua kalau merempan, ishhh sumpah tak comel.
tapi kalau ada yang merempan, kita sinyummmm je lahhh..
takyah layan.
layan orang mental, dengan kekita sekali mental nanti yer dok?

P8080045

collection duit raya yaya RM221.00.
la ni dia ada kat melaka, raya dengan bapak dia plak.
harap banyak lagi la dia dapat kumpul.
dah katanya nak menyimpan, nak pegi disneyland hong kong.
aah yer lah.
ujung ujung mommy jugak bayau semua.
tapi demi anak. apa ada hal. saya kan mak 🙂

4 thoughts on “Ke Rumah Maklong & Rumah Kak Gee

    • takde la plak setau saya kek2 waktu raya ni.
      tapi kalau yg family ramai mungkin ada la kot.
      saya ni 2,3 ketul je family, tak habis je nanti kalau beli kek tu huhu

  1. kaklong pregnant lagi? (Y)
    yeayy! caca cici nak dapat adik. harap2 lelaki la pulak kali ni.

Comments are closed.