Excel Tea, SNE, BE vs Tabita

hujung tahun lepas saya ada duit lebih sikit kat tangan, lalu saya terfikir nak laburkan sikit untuk kecantikan.
masa tu tengah hangat produk BE yang adira guna.
dengan tabita.
so lets lah try.

BE ni tak boleh guna dia saja.
kena ambik 3 produk sekali.

20130807-125404.jpg
: : memula kena minum excel tea ni untuk buang toksik dalam badan : :

minum malam atau pagi.
kalau minum malam, esok pagi tu ambik la habuan bercinta dengan jamban.
tapi saya suka je, sebab rasa best bila benda benda tak perlu keluar dari badan.
pastu badan pun jadi ringan je.

pastu SNE kapsul.
yang ni boleh makan together dengan BE.
selalu saya telan sebelum breakfast dengan sebelum tidur.

20130807-125356.jpg
: : yang memang bebetul untuk skin, BE ni lah : :

saya tak ingat dah saya beli kat siapa, tapi thru facebook.
tu pun memang saya google habis habisan yang boleh bagi harga paling murah.

dah kata ada duit lebih kat tangan, saya up sekali lah dengan tabita.
beli kat ain.
lupa nak snap gambar, so cilok gambar dari blog ain je lah.
saya ambik exclusive set.

exclusive set

memula pakai tu memang hazab jugak lah saya.
kulit muka pedih. menggelupas. pastu santak membawa ke 3 minggu.
saya stop kejap pakai.
awal tahun hari tu baru la sambung balik he he.

ada la perubahan. ada la kengkawan yang tegur kata muka saya nampak bersih sikit.
kulit muka saya ni ada parut yang stok lubang lubang tu.
so nak hilang memang tak ah kot kan.
cuma nampak nipis la parut jerawat yang merah merah.

apa nak buat, dah ditakdirkan kulit muka saya tak flawless.
tapi saya redha. 🙂


: : sebelum makan BE dan pakai tabita : :


: : lepas makan BE dan pakai tabita : :

ada la kan beza nya? tak banyak, sikittt ada gak lah.
kekadang produk produk semua ni, bergantung pada individu jugak.
sesuai dengan orang lain tak semesti sesuai dengan kita yer tak?

korang kalau nak try produk tabita boleh usha kat blog ain.
saya sekarang tengah try satu produk ni.
nanti lah kalau rajin saya share kan eh..

5 thoughts on “Excel Tea, SNE, BE vs Tabita

  1. salam,
    aia sya ida newbies blogger
    baru follow blog ni
    jemput ye follow blog saya
    umielman.blogspot.com
    *membe ida oun x silap de jual bende ni

  2. along makan Maixara C essential…hurm…xde kesan..actually kena amik berulang2 berterusan sampai kulit betul2 cantik….nak beli sebulan satu tu kena fikir 2-3 kali…even x sampai 100 pun reganya…tp memang lambat la berkesan bila umur dah meningkat ni…

Comments are closed.