Diari Syawal Minggu Pertama – Part I

syawal ke 4. kat jasmine.
lepak lepak kat rumah saja.
tengah hari makan maggie hahah.
malam encik z tapau sup ekor kat kedai bawah.
pastu lelepak membadak je kami laki bini, layan dvd back to back.

kalau sehari sebelum raya saya half day pagi je, syawal ke 5 saya dah pose pose maut dah depan pc.
kat office ada 11 orang je. tolak 3 orang non muslim.
kiranya 8 orang jelah orang melayu islam kerja termasuk saya.
ayang angat angat kat office ni.

tapi ini bukanlah pencapaian terkejut sangat.
saya pernah je kerja syawal ke 3. relax je takde air mata darah ke apa pun.

syawal ke 5 ni saya puasa ganti. semangat kan.
waktu orang takde kat office, takde la terliur sangat tengok orang makan ke hapa. so lets puasa.
lepas habis office pegi ikea.
nak beli pisau, papan pemotong dengan lampu kertas.

pisau dengan papan pemotong tu untuk mama.
sian tengok dah daif benau kat rumah taiping sana.
sebagai anak yang degil tapi baik hati, haruslah saya yang membeli.
nak beli yang siap ada tempat letak pisau sekali tu tapi udah sold out.
so beli yang biasa je, tapi saya bagi kat mama tempat simpan pisau yang saya punya.

lampu kertas tu sebab nak ganti lampu kertas kat rumah saya yang dah hazab.
hari tu dah beli tapi takut tak ngam, try beli satu je.
tengok ok boleh masuk, so beli lah lagi satu.
lampu kita cantik ke idok?
siapa nak tengok live jemputlah ke rumah.
ni hajak hajak ayam ke cemana normaya? heeeeee…

20130815-080327.jpg

dah sampai area ikea sana, terus ajak encik z berbuka kat restoran green lotus dalam tesco tu.
water chestnut pilihan kalbu hanya kau yang ku rinduuuu.
dan green curry beef.
instead of ambik butter prawn, kali ni tukar crispy butter squid pula.
hoihhhh sedapnyaaa.
pastu tak ambik kerabu mangga atau pucuk paku dah.
tukar sambal udang dengan petai.
pun sedapp gila ho o oiiii…

kaktin, payiet… nanti ada rezeki aku belanja korang makan kat sini ek ek..
insya Allah 🙂

20130815-080313.jpg

syawal ke 6. pepagi dah berjanjian dengan adik beradik tiri nak breakfast raya bersama.
breakfast raya katanya kan.
seminggu tak jumpa. so update lah cerita raya memasing.
tengah hari saya keluar pegi PJ.
saya beli handphone hello kitty untuk yaya.
handphone nokia dia yang sedia ada tu dah kaput.

dia ada bagitau mama dia nak hadiah handphone birthday dia nanti.
mama kata tunggulah hujung tahun, kot mommy ada bonus boleh la beli.
dia diam je.

saya belek belek brochure maybank, ada handphone hello kitty tu.
RM400.
malas nak pikir apa dah saya bagitau kat encik z, dia pun ok.
tu yang fill up borang, fax, caj kad kredit.
siap. terus boleh collect.

saya tak bagitau lagilah kat yaya saya dah beli handphone ni.
takpe nanti saya cerita apa reaksi yaya bila dapat handphone ni.

lunch kat tugu. makan ayam kampung.
nasi selambak. wajib la berat badan naik mencanak canak nih.
eh lupa nak update kat korang, bulan puasa hari tu berat saya turun 4.3kg.
sebelum = 65.1kg.. selepas = 60.8kg.
tengok la lepas raya saya timbang lagi. nanti saya update ek.

petang tu YM dengan ernie zuraida.
kadang tu saya tak rasa pun dia ada nun jauh kat egypt sana.
rasa macam dia dok ada lagi pose pose kat wisma putra he he.
server office down, so kitorang pun berwebcam borak.
ernie dok tunjuk la office dia. aircond, almari apa segala.
pastu kitorang gelak gelak je la.
glad to know that shes doing fine there 🙂
insya Allah panjang umur, ada rezeki memang saya akan ke sana.

20130815-144132.jpg

habis office pegi segambut.
pegi kubur arwah abah.
awal tahun hari tu kan saya ada upah orang untuk penambahbaikan kubur arwah.
alhamdulillah dah siap semua.
cumanya rumput banyak tumbuh.
saya try nak cabut tapi pokok semalu tu duri kan.
sampai darah darah jugak la jari.
nanti kena pegi lagi bawak gunting/pisau kasi molek molek lagi.

20130815-144444.jpg

al fatihah untuk arwah abah saya.
semoga Allah menempatkan beliau di sisi orang-orang yang beriman.
amin. (L)