Diari Syawal Minggu Pertama – Part II

syawal ke 7. tengah hari keluar dengan adik beradik tiri.
pegi maju junction.
pastu lunch dekat restoran baru bertajuk modestos express lunch.
saya order beef pie. tapi takde la express nau pun.
ujung ujung tapau sajork. kat office makanlah sikit tapi so so je pun rasanya.
frozen food. kau xpac apa kan.

5.30 petang terus berdesup ke LEP.
nak ambik yaya, pastu nak hantar pegi klang rumah rina.
mama & maklong dah ada kat klang sana.
hari khamis depa nak balik taiping.
sampai LEP layan bebudak 3 ketul ni je lah kan, apa laie nak buat.
abang long ajak lepak mamak dulu so letss.

caca sayang mommy ke?

sayang.

nanti kalau mommy dah tua, mommy takde rumah, boleh ke mommy tumpang rumah ca?

boleh.

kalau suami ca marah?

ca marah dia balik. ca kata keluar dari rumah ni sekarang.
saya nak bercerai sekarang jugak!!

hah ambik kau jawapan bebudak sekarang.
tanjat acik ok hahaha.

20130816-095205.jpg

20130816-095221.jpg

20130816-095230.jpg

dah kiss kiss bye bye segala, saya pun meneruskan perjalanan ke klang sana.
sebelum sampai rumah rina, stop dulu kat tepi parking.
masa tu saya bagi lah handphone hello kitty ni kat yaya.
memang tanjat betullah dia.
‘mommy dah beli ke?’
pastu terus dia melompat peluk saya.
nangis tersedu sedan. terharu la gamaknya.

masa tu saya pun bagi la tazkirah seround dua.
walaupun mommy garang, mommy sayang yaya.
walaupun yaya tak duduk dengan mommy, mommy sayang yaya.
blablablablablablabla…
happy kemain lah ia.
sebab sebelum tu saya cakap dengan dia, mommy ingatkan yaya tak suka handphone ni, sebab mommy mms yaya tak reply pun.
rupanya masa tu tengah sibuk main kat rumah bapaknya, tu yang tengok handphone.

20130815-080335.jpg
: : budak sensitif berjiwa halus : :


: : try snap gambar. gelap lerr dah dok dalam kereta kan : :


: : inilah handphone nya : :

saya suh yaya jaga bebaik phone ni.
saya takkan beli dah phone lain sampai dia masuk sekolah menengah sok.
kalau rosak, hah pakai la apa-apa phone lama yang ada.

syawal ke 8. saya puasa lagi.
tengah hari pegi pasar tani jkr. sendu.
ada 3 gerai je.
tapi dalam sesendu tu kemahen membeli jugak.
perempuan perempuan.
saya beli ayam goreng yang gunting tu.
mee kuning melayu punya. dengan rendang tok instant.
menahan je la hidung bau semerbak ayam tu.
berbuka saya buat tomyam sayur campur fishball.
panaskan untuk sahur di syawal ke 9.

20130816-095244.jpg

syawal ke 9. saya pakai baju raya yang saya kabo kan warna hijau muda tu.
pakai tudung baru juga.
half moon shawl qistina. korang search je halfmoonshawl kat instagram k?
betullah half moon shawl ni lagi mudah pakai dari shawl panjang.
sebab takyah nak lilit atas kepala bagai.
sesuai benar untuk saya yang pemalas lipas ini.

20130816-121958.jpg

malam tu berbuka puasa dengan masy kat lanai kijang.
tujuan jumpa sebab nak pass kan winter coat kat dia.
dia nak pergi melbourne australia hari selasa.
#untunglaaaa pegi ostolia musim winter ni haa.
saya bagi ia pinjam winter coat yang saya beli kat taiwan dulu tu la.
saya ni nak pakai ntah bila tahun pulak nak pegi negara sejuk kannn.
motip nak kedekut?

20130819-141514.jpg
: : masy belikan saya ni. taktau apa. tapi ada coklat dan sedap. the loaf : :

20130819-141537.jpg
: : model iklan polident. otai masih berbisa : :

20130819-141657.jpg
: : kitorang makan ni ha : :

ok nanti sambung lagi.
dah tersengguk sengguk mengantuk ni ha.
mood blogging ke laut tapi saya gagahkan jugak sehari 1 entry.
zzzzzzzzzzzz….

5 thoughts on “Diari Syawal Minggu Pertama – Part II

  1. Caca. Omg. Tersedak aku kak. Ceraikan saya? Haha. Kita time umoq2 gitu menatam hapa cerai pom tak tau. Bebudak la ni advance sungguh.

    Mungkin kah sebab statistik perceraian semakin meningkat? #eh

Comments are closed.