Di Balik Tabir

masa memula dapat invitation ke majlis pelancaran simplysiti argan ni, haruslah saya macam pelik bila tengok alamatnya.
tak de nama bangunan.
macam alamat rumah je.
lalu berceritalah dengan adikberadik tiri.
depa pun tolong google kan.
aha memang confirm kawasan perumahan.
pastu dapat lak aturcara.
ada tulis boleh solat kat surau kediaman dato K dan tokti.
so memang betullah majlis ni dibuat kat rumah mereka.
saya tercuak cuak dan ter 50 50 gak la nak pegi.
tengok nama bloggers lain yang dijemput, semua pun nama nama besar dalam dunia blogger ini.
dan of coz pihak media.
pikir punya pikir cam hmmm bila lagi kan nak merasa pegi rumah tok ti.
kuatkan semangat, tebalkan muka. pegi lah jugak.
bloggers sorang pun saya tak nampak/kenal.
memang ramai nya media.
barangkali bloggers semua membusy di bulan yang mulia ini.
sampai sampai haruslah terkagum kagum tengok rumah.
rasanya 3 tingkat.
dan saya dengan encik z speku dato K beli tanah 3 lot ni.
besar kot!
20130726-092234.jpg
ni spot yang sempat saya snap.
memang boleh free and easy je masa tu.
tapi idok ler saya sewenang wenang nak masuk melepak dalam rumah plak kan.
usha usha dari luar je lah.
20130726-092029.jpg
sempat tumpang toilet.
dalam toilet pun nak snap gambar eh.
hello…. rumah dato’ siti nurhaliza kot!!
20130726-092009.jpg
20130726-092055.jpg
: : CCTV dan kereta berplat KCT1 : :
20130726-092110.jpg
: : ada 3 kereta masa ni : :
20130726-092120.jpg
: : eh motor pun ada 🙂 : :
20130726-092131.jpg
: : wifi nama Asyraf tiheee : :
ni kat bahagian belakang rumah.
belah kiri tu dapur. ujung tu rasanya stor kot.
belah kanan swimming pool.
20130726-092147.jpg
swimming pool ia memanjang.
kalau nak buat pertandingan berenang sesuai benau ini.
kalau la rumah saya ada swimming pool kayak gini, mau dan dan yaya tukar fikiran terus nak stay dengan saya.
in your dream lah kan normaya.
20130726-092204.jpg
ok tu jer sharing is caring.
harap harap tok ti tak marah saya jaja gambar kawasan rumah ia begini.
korang pun takyah la bagitau dia ek!

5 thoughts on “Di Balik Tabir

  1. klau saya jadi akak, saya pegi je walau takda geng kan? bukan senang tu nak leh pegi umah tok ti kannnn?
    besar eh? swimming pool je mau ratus2 ribu.. nangis tgk umah tok ti.. huhu

  2. Haaaa… ada pun update psl rmh Tokti.. ingatkan hari tu mya
    kata gmbr hilang masa transfer kat pc..xde harapan dah nk tgk rmh Tokti….
    Bestnya Tokti.. hidup mewah…rumah besar.. untung sgttt…

Comments are closed.