Berbuka Luar. Berbuka Sorang

last kopek cerita buka puasa untuk ramadhan tahun ni.
kira kalau ikut ikut 2 entry je la kan saya up gambar makanan bukak puasa kan?

dan kalau ikut ikut yang bebetul bukak puasa kat luar lepas berkumandang azan maghrib sekali je pun.
tu pun sebab hantar kaklong dengan anak anak ia nak balik taiping naik train.
so sekalian berbuka kat kl sentral.

nampak nau saya dengan encik z takde kawan kan?
takde orang nak ajak berbuka kat luar. lol!

ok berbalik cerita di kl sentral.
cadangnya nak berbuka kat chicken rice shop.
siap dah usha menu apa semua.
tapi situ tak boleh booking via phone.
kena pegi, pilih makanan dan bayau terus.
kemalasan la pulak nak pegi awal.
sudahnya full house. sob sob.
so terjah je la mana yang available.

ke Swiss Oven sudahnya.
ada set ramadhan.
main course, drink dan dessert.

20130802-091244.jpg
: : encik z & abang long makan beriani kambing RM16.90 : :

20130802-091250.jpg
: : saya ambik nasi goreng kampung RM9.90 : :

20130802-091253.jpg
: : kaklong ambik a la carte sphagetti : :

20130802-091303.jpg
: : caca makan mushroom soup : :

20130802-091307.jpg

20130802-091515.jpg
: : apa lagi, ipad sesajork la bebudak ni : :

kaklong balik awal sebab caca dah start cuti tadika nya.
tapi tu la tak plan bebetul, sudahnya tiket keretapi tempat tidur dah takde.
nak taknak terpaksa je la ambik yang seat.
saya tak sempat lagi nak borak cemana experience korang bawak caca & cici naik train ni ha.
takpe nanti balik raya kasik borak panjang.

hari ahad lepas berbuka kat nasi ayam chee meng bukit bintang.
tapi tu pun saya gerak lepas maghrib, dalam kul 8 malam.
sampai low yatt encik z nak carik dvd so pusing lu.
sampai kat nasi ayam tu pukul 9 malam, full house ko.
heyyy apa ni apa niiii..
kena berdiri jap tunggu.
ingat kot pegi lambat dah clear kan, takde makna. heh.

encik z mintak coke biasa, tapi datangnya dengan lemon.
bila mintak tukar katanya memang coke dengan lemon.
derrr??
bawak keluau je la lemon tu kan?
malas nak balah, so minum je la yer encik z.

saya order ice honey lemon. sedap.
saya penah order kat old town tapi tak sedap.
taktahulah. gamak pakai honey murah kot?
tapi yang paling sedap kat kupang, kat office saya ni ha.
manis masam semua sedang sedang saja.
lepas puasa ni nak minum sepuas puas puas puas nya.
*baca macam saya sayang awak selama lama lama lama nya

20130805-080337.jpg

20130805-080351.jpg
: : kerabu mangga yang orgasma angat angat : :

dan ramadhan tahun ni jugak 2 kali saya berbuka kat rumah sorang-sorang.
masa borak dengan kak wan, kak wan kata yang ia tak pernah berbuka sorang-sorang.
so dia tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan nya.

untunglah kan siapa yang tak pernah merasa sunyi, tak pernah rasa lonely, tak pernah rasa perasaan berbuka puasa sorang sorang.
bukan semua orang nasibnya baik betul tak?

masa saya bujang dulu pun, selalu je saya berbuka sorang sorang.
dalam bilik sewa lagi.
beli nasi bungkus. lagi tragis kot kan.
tapi seingat saya, sesusah mana pun saya masa bujang dulu, saya tak kan cerita pada mama atau kaklong.
semua saya redah sendiri.

3 tahun jadi single mom, saya berbuka sorang sorang jugak.
upgrade sikit la sebab dah ada rumah sendiri kan.
so boleh masak dan berbuka proper kat meja makan.
so setakat 2,3 hari nak kena berbuka sorang sorang sekarang ni, apalah sangat.
saya dah lalu banyak benda sebelum ni.
yang bila saya terkenang sekarang, membuatkan saya lebih banyak bersyukur dengan apa yang Allah pinjamkan 🙂

20130805-080329.jpg
: : masa ni berbuka sorang sorang. sambal sotong hangit sebab dok ralit tengok filem dhoom. ikan pekasam. telur dadar : :

ni menu semalam.
sambal sotong yang tak hangit.
kailan ikan masin. tempe goreng.
pakej dengan buah anggur lagi. 😀

20130805-215857.jpg

hari ni last berbuka kat KL.
ingat nak makan lite lite je kot.
tak mau kecahkan dapur dah.
rasa macam nak makan mcdonalds. hmmm… see how lah.

3 thoughts on “Berbuka Luar. Berbuka Sorang

  1. sambal sotong ko giler nampak meriah!!!!
    sedaappp nampak… 😉

    selamat hari raya ye mya 😉

  2. Takperlah sis Walaupun terpaksa berbuka puasa sorang-sorang…. tapi yang penting Allah sentiasa bersama kita…

Comments are closed.