Beraya kat Kampung Sega Tat

dari bentong terus ke raub.
nak beraya rumah parents abang long.
abang long sekeluarga pun memang dah ada kat sana, so molek benau lah sekalian.

sampai sampai tengok caca takde.
keluar dengan abang long.
cici & kaklong tidur.
mak & abah lepak lepak.
so saya dengan encik z pun lepak lepak jugaklah mandangkan perut pun masih kenyang makan kat rumah farah.

lepas sejam jugak lah baru caca balik.
tu pun lepas bulat & wani sampai.
saya cakap saya nak balik dah kat caca, terus dia baring atas saya sebab tak bagi saya balik.
sayang bebeno awak kat mommy yer ca?

20130819-150157.jpg


: : kasyah malu tapi mahu, dok mengintai dari tepi : :

bila cici dah bangun, semua pun melepak kat depan pekena durian.
masa memula sampai raub punya lah panas nyit nyit..
tapi menjelang petang, haa cuaca mendung.. redup…
dan lepas tu hujan pun turun mencurah curah ke bumi.
masa ni sedappp je angin mentiup. suka..


: : mia & cici makan durian : :

20130819-150219.jpg
: : caca draw ni. cantik… : :

tetengah melepak makan durian tetiba lak blackout.
sambung lepak kat luar main buai lah pula.
best je masa ni sebab sejuk kan.

20130819-150205.jpg

lepas maghrib pekena sup gearbox abah masak.
nasi putih panas panas dengan cili potong campur kicap.
fuuuuuuu. bersedut sedut ai tell u.

20130819-150213.jpg

tetiba plak wani masak ikan bilis tempoyak campur petai.
tapi perut dah ketat, so tapau je.
hari isnin tu dinner makan ni je.
encik z yang tak makan tempoyak tu pun hah 3 kali bertambah.
sedap angat angat!

3 thoughts on “Beraya kat Kampung Sega Tat

  1. Seronoknya beraya kat kampung… Lebih seronok dapat makan sup gearbox… Pergghhh, kena cek kolestrol lepas raya ni…

Comments are closed.