AidilFitri 2013

macam biasa lah kan.
family photo di pagi raya.
sebelum tu cer tengok tapak kaki caca kat gambar bawah ni.
yer hitam.
aternyaa sepanjang malam berlilin berpelita.
bangun pagi tengok semua pun berjelaga.
kekorek hidung hoii hitammm.

mama kata kat dapur habis hitam berminyak.
pukul 4 pagi mama bangun sental lantai huhu.
pandang syiling hah bersawang hitam.
apalah nasib.
walau begitu hari raya harus dirai dengan gembira. begitu kataku.

_MG_5733

tema tahun ni ialah hitam & biru muda.
dan tahun ni jugak mama kata tukar pose.
so pose lah kami di tengah tangga.
adil, yana & maamar raya kat melaka. so takde lah mereka dalam ini gambar.

_MG_5736

_MG_5737

_MG_5741
: : mama, anak-anak dan cucu-cucu : :

_MG_5745
: : macam biasalah 3 ketul ni je lah kami : :

_MG_5746
: : sekeping lagi : :

_MG_5748
: : mommy, yaya, caca : :

_MG_5752
: : the one and only anak dara : :

_MG_5747
: : my other half. yang tak kisah pun beraya kat mana : :

btw, jubah hitam saya tu saya tempah dari dzkira contemporary.
material satin crepe. jubah ala2 princess cut + jubah arab.
simple. cantik. selesa. dan sopan 🙂
korang kalau berminat nak tempah boleh search dzikra contemporary kat facebook k?

lepas bergambar, bersalam salamanlah kita yer.
takde ikut turutan pun.
belasah je mana dulu.
gambar pun snap mana sempat je he he he.

aidil
: : yaya dulu : :

boleh plak syahdu anak saya ni.
dia memang jiwa sensitif fragile lah.
walhal saya cakap sikit je pun.
terus haa nangis peluk saya kekuat. huhuhu..

aidil1
: : caca takde perasaan : :

aidil2
: : cici lagi lah. apa dia kisah. janji aku dapat duit raya katanya : :

aidil3
: : salam ayah pula : :

aidil4
: : cucu opah racun penawar : :

P8080022
: : saya salam mama : :

saya semenjak 2,3 tahun ni macam dah kental la.
macam dah takde nak nangis ke apa.
syahdu sedih tu memang lah ada tapi taktau lah.
macam-macam dah jadi 2,3 tahun ni kan.
so rasanya setiap tahun ke tahun saya makin kuat.

tapi tak nangis tak bermakna saya takde perasaan ke apa.
it just hmmm biarlah ku pendam sebuah duka.
begitu kata kooo normaya.
ok dah takmo sedih sedih dah.
hari raya hari bergembira. hari kemenangan! (Y)

2 thoughts on “AidilFitri 2013

Comments are closed.