Selamat Jalan Sahabat…..

apa sebenarnya definisi BFF ek?
adakah kawan baik yang tau luar dan dalam?
atau kawan baik yang kena berborak hari-hari?
atau yang sudi mendengar dan didengari?
yang kekal bersama kala suka dan duka?
u tell me.
kalau ikutkan saya ni dari zaman tadika, sekolah rendah, ke sekolah menengah.
ke politeknik. saya tak pernah rasa saya ni ada bff.
sebab apa? sebab saya selalu berfikir, adakah orang lain yang takde pertalian darah dengan saya boleh nak rapat dengan saya.
nak dengar cerita saya. nak peduli tentang saya.
akan ikhlas berkawan dengan saya.
yup, saya fikirkan semua tu. mungkin sebab tu saya tak pernah rasa nak rapat dengan sesiapa.
ernie zuraida. saya tak tahu munculnya dari mana. dan sejak bila saya mula selesa dengan dia.
tapi saya ingat, saya pernah ikut dia balik ke rumah pakcik dia masa kami kat politeknik dulu.
saya jugak pernah tumpang kereta bf dia dari KL ke politeknik PD.
saya menyanyi dalam kereta. sampai bf dia terkagum kagum saya hafal semua lagu he he.
kami mula mula betul betul rapat masa lepas habis poli.
berkongsi rumah di vista angkasa.
banyak sangat kot kenangan kat vista angkasa tu.
bila diingat ingat balik rasa kelakar, sedih, gembira, sebak. semua pun ada.
saya dengan ernie zuraida tak pernah pun declare kami BFF.
tapi ya.. dia tahu. saya tahu.
kalau pun dia tak anggap saya bff dia, tapi insya Allah.. dia tetap sahabat yang saya sayangi hingga mati. lilahiTaala.
bergaduh?
dah banyak cerita saya dengar bff bergaduh.
yup, kami pernah bergaduh.
saya ni kasar orangnya. cakap kuat. macam nak bergaduh. ernie lah kata.
tapi memang yer pun.
dulu dulu saya cakap main lepas jer, tak fikir sangat perasaan orang.
mungkin sebab tu jugak takde sapa nak rapat dengan saya :-p
tapi ernie zuraida tetap setia. dia tetap dengan lemah lembutnya.
waktu marah pun tak macam marah.
dia setia berada di sisi saya.
apa jua salah silap saya, dia sentiasa memaafkan.
dan sentiasa menerima saya dengan tangan terbuka.
ah beruntungnya saya kerana mengenali dia.
dia ada sewaktu saya bercinta, berkasih, berumahtangga.
dia gembira untuk saya.
waktu saya duka dialam perceraian, dia tetap setia meminjamkan bahunya.
tanpa kata kata, saya tahu dia mengambil berat tentang saya.
haihhhh sedih pulak saya naip entry ni.
*stop kejap menenangkan perasaan
kami keluar jalan jalan di ENTRY INI sebab tak tahu bila lagi agaknya peluang macam ni akan ada.
hari khamis lepas, saya ke KLIA hantar ernie zuraida, fad & nur ain.
akhirnya setelah sekian lama menanti, ernie zuraida dihantar untuk bertugas di luar negara.
akan memulakan tugas di kedutaan malaysia di cairo, egypt.
20130628-072120.jpg
: : semoga persahabatan ini kekal hingga ke syurga : :
20130628-072127.jpg
20130628-072157.jpg
20130628-072203.jpg
20130628-072134.jpg
20130628-072147.jpg
: : selamat jalan sahabatku : :
Jun 27, 2013 | Bye Ernie… I’m gonna miss u. Take care… by normaya11 on Keek.com

 

20130628-072212.jpg
: : terkagum saya tengok skrin yang memaparkan pergerakan kapalterbang di udara : :
saya sangat suka bila orang panggil saya dengan nama penuh.
normaya mukhtar.
dan ada 3 orang yang memanggil saya dengan panggilan itu.
ex boyfriend saya, KHJ.
suami saya, encik Z.
dan bff saya, ernie zuraida.
saya akan rindukan panggilan itu.
sungguh.
ernie zuraida, jaga diri baik baik kat tempat orang.
walaupun kita dah jauh, tak bermakna kita tak boleh berhubung kan?
kau tau mana nak cari aku. aku sentiasa ada untuk kau.
macam dulu. bila bila pun. tengah malam. tengah hari. pagi buta. call je aku.
kau doa kan aku dapat kumpul duit banyak banyak.
insyaAllah kalau panjang umur, jumpa lah kita nanti di bumi Cairo.
(L)

7 thoughts on “Selamat Jalan Sahabat…..

  1. Seperti diperkatakan di whatsapp – ku tak tahu nak komen apa.

    To kak ernie – jaga diri di negara orang. alhamdulillah dapat pergi negara penuh sejarah nabi, ada disebut dalam Quran. Doalah saya dan kwn2 dapat pi melawat kak ernie kat sana. One fine day… Inshaallah…

    XOXO

    bff ialah kawan yg akan terima buruk baik kita. Yg takkan tukar ganti kita dengan satu apa pun di dunia ni.

    sungguh emosi plk komen aku kali ni, kak maya. Oklah. Bai.

  2. sebak jap….. #kesat air mata…..
    never forget our great moment normaya mukhtar….. ….
    ;-( u r special (G) for me …

  3. Saya & bff kenal dari Darjah 1 sampai sekrg..26 tahun persahabatan..mmg byk suka duka bersama..gaduh tu mmg confirm ada..hehe.. 😉

  4. bukan senang Kak nk dpt kwn yg fhm kita sebetul2nya..untung akak! Saya doakan semoga persahabatan akak dgn Kak Erni kekal sampai bila2..sedihkn bila org yg kita syg pergi jauh ;( tp xper Insyaallah sejauh mana pun klu bsahabat dgn hati ikhlas akan terasa dekat..skrgkan teknologi memudahkan segalanya..

  5. kak ernie..selamat jalan. insyaAllah panjang umur kita bertemu lagi. kalau dah ada no fon kat sana..bg org ok..kita wechat! Take care..

Comments are closed.