Blog Maya Dot Com

Pukul 3 pagi

5 Julai 2013.
Pukul 3 pagi.
Saya masih berjaga. Terkebil kebil di dalam gelap.
Melayan perasaan.

Baru lepas terbaca komen-komen sekumpulan manusia di media sosial.
Rasa sedih, marah dan kecewa.

Kenapa ek ada manusia-manusia yang tega mengomen tanpa fikir kesan dan akibatnya di masa akan datang.
Tak peduli akan sakitnya hati orang lain dengan komen komen mereka.
Sedangkan mereka tak terbabit langsung dengan isu yang sedang dibincangkan.

Tak terlintas ke nanti Allah SWT akan menyoal mereka di akhirat nanti?
Fitnah. Aib. Khianat.
Komen mungkin boleh dipadam tapi hati yang terluka, remuk redam sukar dirawat.

Allah….
Bantu kami. Bantu mereka.
Kami lemah. Sungguh lemah.

-sent from MyIpad

    5 thoughts on “Pukul 3 pagi

    1. aziah

      betul! sokong entry akak ni. kalau pun tak suka dengan pendapat atau pendirian org lain, tak payah la menghentam secara terbuka. kadang2 ayat tu boleh tahan pedas. kalau berbeza pendapat, nak komplen, nak komen buat secara tertutup. boleh PM kan? tak payah memalukan org lain. tak pun diam je senang. tak semestinya pendapat kita pun org suka kan? kita pun tentu tak suka, sakit hati bila kita dihentam org lain hanya kerna kita nak menegakkan pendapat kita. kita pun tak boleh paksa org suka dgn apa yg kita kata. semua og ada pendapatnya sendiri kan?

    2. syeka

      memilih untuk menjadi defense force adalah kemahiran pengomen2 walopon xde kene mengena sesuatu isu tu dengan si pengomen sampai dah xpikiaq apa dah nk tulih..janji puas kot..xpikiaq ‘org yg baca tu’..maksud saya ‘org yg baca tu’ ada kena mengena ngan isu yg dibincangkan..saya penah kena kak..down gila..huhu 🙁 🙁