Perantis

korang layan tak the apprentice asia?
kalau layan good. tak layan pun takde lah not good.
saya layan. kira dari awal memang follow lah.
last week dah tau sapa  top 4.
alexis, samuel, andrea dan jonathan.
nik dengan nazril dari malaysia dah terkeluar dah 🙁
tak sure lah finale nya nanti berapa orang. kena tunggu malam ni.
9.05 malam. kat astro AXN HD 721.
hari tu saya nonton dengan yaya. berdua.
tetengah scene dalam board room tu, tony fernandes tengah cakap cakap dengan peserta, tetiba yaya bersuara…
‘eieieiei garangnya atok ni mommy. takutnya’
hah ambik kau atok sudahnya yaya panggil tony fernandes tu he he..
‘haah. garang kan? mommy pun takut’
‘boss mommy garang tak?’
‘uishh garang’
‘boss mommy yang perempuan tu?’
‘ye lah’
‘tapi dia bagi yaya duit raya’
amboii kalau bagi duit raya tak boleh garang ke. kata saya dalam hati.
pastu yaya  bersuara lagi bila tony fernandes dah start tinggi suara.
‘takut laaa mommy, garang sangat atok ni’
‘yaya tau tak atok ni kaya. kapal terbang air asia tu semua dia punya’
‘hah betul ke mommy?’
‘betul la’
‘yang kapal terbang yang yaya naik pegi langkawi tu? tu kapal terbang dia ke?’
‘yer sayang’
‘fuyooo kayanya dia’
‘kalau yaya nak marah orang, yaya kena belajar pandai pandai, jadi boss. boleh la marah orang. kalau pekerja bawah macam mommy dengan ayah ni, hari hari la kena marah’
‘ok yaya nak belajar pandai pandai supaya boleh marah orang’ sambil terangguk angguk kepala.
walhal dalam hati saya, pekerja bawahan pun boleh je nak marah orang kan. cuma tak boleh marah boss je la wakakaka.
nak marah rakan sekerja sukahatilaaa kann.
still rasa lawak yaya panggil tony fernandes atok. tapi memang atok pun la kan? he he he.. (H)

5 thoughts on “Perantis

Comments are closed.