Blog Maya Dot Com

Majlis Pelancaran Simplysiti Argan & Berbuka Puasa

siapa sini pengguna produk simplysiti angkat tangan!
bagus bagus.
sesiapa yang belum guna lagi produk simplysiti haaa marilah menggunakannya.
sebab, simplysiti, jenama kosmetik, penjagaan kulit dan wangian yang dah 4 tahun berada di pasaran, sekarang meneruskan tradisi bila tibanya Aidilfitri je, diorang akan melancarkan koleksi baru.
koleksi istimewa untuk Aidilfitri kali ni ialah edisi SimplySiti Argan.
Apakah Argan? Argan yer. bukan Afgan.
Ekstrak Argan sangat premium dan susah nak jumpa.
Ianya terhasil daripada buah pokok Argan yang merupakan antara pokok tertua di Morocco dan cuma boleh dijumpai di Morocco sahaja.
Baru baru ini Dato’ Siti Nurhaliza & Dato’ K sudah bercuti ke Morocco sana.
masa kat sinun la mereka dapat tau tentang khasiat dan kebaikan Argan.
lalu terus mendapat idea dan terhasillah SimplySiti Argan ini.
Kajian terperinci dari Mibelle Biochemistry Switzerland 2011 telah membuktikan bahawa keunikan ekstrak buah Argan ni meningkatkan kepadatan kulit sebanyak 12.7%, meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 11.9% dan mengurangkan kedutan sebanyak 25.2%.
Fu! Hebat tak hebatnya Argan ni.
Kandungan anti oksida yang tinggi serta kandungan Vitamin E yang tinggi dapat membantu memperbaharui sel sel kulit. Oleh sebab keunikan dan keunggulan yang terletak pada Argan, SimplySiti memahami kehendak wanita yang ingin tampil dengan kulit muda cantik berseri kini membawakan 2 produk dari ekstrak Argan iaitu Argan Wonder Powder dan Wonder Mascara yang begitu eksklusif.
Menurut Dato’ Siti Nurhaliza, “Siti memang teruja apabila SimplySiti Argan kini dapat dipasarkan kerana Siti benar-benar yakin dengan faedah Argan ini yang amat baik untuk kulit yang cantik dan nampak muda selalu, pastikan kita semua dapatkan SimplySiti Argan menjelang musim perayaan ini”.
Majlis pelancaran Simplysiti Argan dah pun selamat diadakan hari Rabu, 24 Julai 2013 yang lepas bertempat di kediaman Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa aka Dato K & Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin aka TokTi di Bukit Antarabangsa sana.

20130725-144334.jpg
20130725-144400.jpg
majlis diacarakan oleh karl shafek & amy.
majlis dimulakan dengan sesi tazkirah oleh ustaz nordin.
diikuti dengan sesi pelancaran simplysiti argan (argan wonder powder & wonder mascara).
siap ada drama ala ala morocco bagai.
berpedang segala. he he.
20130725-144416.jpg
20130725-144957.jpg
diikuti dengan persembahan oleh tokti.
ia nyanyi lagu ketika cinta.
mendayu dayu meremang bulu mata saya mendengarnya.
20130725-144432.jpg
20130725-144440.jpg
: : aazief, asyraf, adib & dato’ K : :
20130725-144927.jpg
: : tengah tweet ke dato’? hehe : :
artis jemputan bienda.
sesuai benar lah tu dah dia pun ala ala morocco arab gitu kan.
ia nyanyi 2 lagu.
20130725-144427.jpg
lepas usai persembahan, ada sessi fotografi kat swimming pool.
semua pun reporter. saya je blogger. he he.
20130725-144720.jpg
20130725-144816.jpg
20130725-144829.jpg
20130725-145026.jpg
lepas habis sessi fotografi ada sessi temubual dengan dato’ siti nurhaliza kat dalam, tapi saya tak join.
aterr sekali lagi, saya kan blogger, bukan reporter huhu.
sementara tu free and easy.
20130725-144915.jpg
20130725-144509.jpg
: : kak rozie, manager dato’ siti nurhaliza : :
waktu berbuka pun tiba.
saya makan seperti dibawah.
eh tetiba ada nasi? kata diet nasi? la la la.
rugi la tak makan banyak kat rumah diva 🙂
20130725-144456.jpg
20130725-144502.jpg
: : lepas berbuka boleh solat kat surau rumah dato’ : :
20130725-144848.jpg
: : assalammualaikum dato’ : :
terima kasih Dato’ Siti Nurhaliza dan team SimplySiti sebab sudi jemput saya ke Majlis Pelancaran SimplySiti Argan & berbuka puasa.
TQ Sha Dila, next year jemput lah lagi 😀
20130725-144532.jpg
: : dapat doorgift : :

20130725-150210.jpg
20130725-150215.jpg
harga? insya Allah mampu milik.
RM62.90 untuk Argan Wonder Powder.
dan RM39.90 untuk Argan Wonder Mascara.
20130725-144625.jpg
: : saya menggunakan Argan Wonder Mascara *kelip-kelip mata : :
Sempena dengan Ramadhan dan ketibaan Syawal nanti, Dato’ Siti Nurhaliza sekali lagi akan turun padang untuk berjumpa dengan para pengguna SimplySiti sekaligus mempromosikan produk terkini SimplySiti Argan.
Setiap pembelian produk SimplySiti bernilai RM80, korang akan dapat percuma sehelai tudung eksklusif dengan pelbagai warna kontemporari menarik yang diilhamkan sendiri oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Korang pengguna boleh jumpa Dato’ Siti Nurhaliza kat tempat-tempat berikut :
28 Julai 2013 (Ahad) – Aeon Wangsa Maju
2 Ogos 2013 (Jumaat) – Sogo KL
3 Ogos 2013 (Sabtu) – Aeon Cheras Selatan
Oh yer, produk SimplySiti juga boleh didapati di semua cawangan Watson’s, Guardian, cawangan AEON, cawangan AEON Big, Tesco terpilih, Sogo KL dan di Paloma, Brunei Darussalam.
untuk tau perkembangan lanjut tentang SimplySiti korang boleh check it out kat www.simplysiti.com.my, Like di Facebook SimplySiti, Follow Instagram SimplySiti dan Twitter SimplySitiSB
 

    4 thoughts on “Majlis Pelancaran Simplysiti Argan & Berbuka Puasa