Kasih Abadi

berkaitan ENTRY INI.
saya cuti sebab nak spend masa dengan my bestie, ernie zuraida.
pepagi saya keluar breakfast dulu kat oldtown sementara tunggu ernie.
adik hantar dari putrajaya sana.
ernie lambat sikit sebab ada urusan.
20130626-223513.jpg
seperti yang dirancang.
terus ke slim world kat danau kota.
saya dah buat reservation untuk facial.
alaaa sesaja je pun. beli voucher kat groupon RM38 je pun sorang.
The Groupon deal “[94% Off] 1-hr 45-min Keep Slim Facial Package with Diamond Peel Therapy + Facial Lifting Massage + Neck & Shoulder Massage for RM38 instead of RM678”
tapi biasalah kalau gi tetempat ceni kalau depa tak pujuk kau untuk enroll memang tak sah ah kan. saya dah bagitau ernie siap siap supaya menepis sebarang pujuk rayu depa.
siap suruh top up untuk buat yang terbest katanya. thanks but no thanks.
saya kata nak cepat, so boleh tak buat facial sekarang. terus dia cam ok ok.
20130626-223529.jpg
: : selepas facial. cantik tak kakton? *panggg  : :
sebelum ucap bye bye consultant tu still cuba pujuk.
pakej RM999. 6 kali facial.
saya tanya, boleh hilang ke jerawat dengan parut saya ni kalau saya ambik pakej tu?
dia kata ohh tak boleh. kulit u dah teruk.
then motippp aku nak bayau sampai RM999 kalau tak memberi apa-apa kesan?
pfffttt…
dari slim world terus ke taman melawati. mau ke butik syuhada kasih abadi milik abby abadi.
dengan harapan nak jumpa kak abby. tapi ia takde. ke jakarta sana huhu.
tak dapat bergambar dengan kak abby, bergambar dengan banner pun jadi lahh.
20130626-223540.jpg
20130626-223548.jpg
: : macam macam pilihan pakaian muslimah ada. rambang mata dibuatnya : :
20130626-223555.jpg
: : apa ajalah ernie tu haa.. ni depan kedai : :
20130628-000953.jpg
: : saya beli sehelai blouse : :
20130626-223707.jpg
: : ni alamat butik syuhada kasih abadi in case korang nak pegi : :
dari syuhada kasih abadi, saya dengan ernie ke AEON wangsa maju.
plan awalnya memang nak ke AEON AU2 tapi sebab ernie nak cari kasut jenama camel, saya teringat ada kat AEON wangsa maju, so cam terus gi AEON wangsa maju je lah.
kat situ pun ada johnnys gak.
lepas beli kasut terus makan steamboat kat johnnys.
20130626-223657.jpg
pastu jalan jalan window shopping.
dari AEON wangsa maju, pegi wangsa walk mall pulak nak buang masa sementara tunggu adik datang ambik ernie.
ujung ujung lepas teduhan kasih baru dia nak mai. mau 8.30 malam baru sampai kot.
masa tu baru pukul 7 malam.
so kami pun tawaf la wangsa walk mall tu.
ernie belikan handphone hello kitty untuk nurin. somel sangat.
dah pusing taktau mana nak jalan lagi, kitorang patah balik ke AEON wangsa maju semata mata nak pekena ice blended starbucks. jadi keje he he.
tapi dekat je pun dedua so sokayyy.
makan. lepak. borak. shopping. ketawa.
macam dulu dulu.
dulu dulu yang 13 tahun dulu.
cerita sedih. cerita gembira. cerita suka duka.
semua pun kami ceritakan.
semoga cerita ini akan abadi.
semoga kasih ini akan abadi.
…. to be continue ….

3 thoughts on “Kasih Abadi

  1. dah lama along x buat kerja lepak2 cari pasal kat mall..ntah bila dapat ulang lagi..kawan2 pun dah membawa diri..susah nak jumpa dah..

Comments are closed.