Farewell @ Restoran Warisan Pak Ungku


: : saya dan kak wan : :
kak wan ni officemate yang paling rapat dengan saya.
duduk pun berdepan depan.
tapi terlindung la dengan partition.
still boleh je kalau nak pekik borak borak.
walaupun kak wan ni mokcik mokcik, tapi I is okay je kawan dengan ia.
amboi nak mengata orang mokcik, kamu itu tak mokcikah kah normaya? he he he.
yer yer saya pun mokcik.
kekdahnya semua pun reramai pakai warna purple.
tema di hari kejadian sempena farewell abang KBS.
lagi 2 minggu ia akan bersara 56 tahung #untunglaaa

: : kami luncheon kat restoran warisan pak engku : :
nak jadi cerita, event kitorang ni terclash plak dengan event kementerian pelancongan.
so tersisih lah kejap kami di tepian.
dalam keadaan tersisih tu tetiba nampak jejai.
tak kenal jejai? jejai husband fasha sandha lah!
tak kenal fasha sandha? lantak korang sana.
lalu harus tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama.
walaupun sekali lagi ku tersisih di sebelah jejai *nangis di bahu fasha sandha
ni tak tahulah nak salah ipad saya ke nak salahkan kak gee yang snap gambar ni.
samar bayangan. tsktsk.
lupakan tentang jejai.
sebab beliau juga sudah lupakan saya he he.
makan time!
kat sini banyak jugak la pilihan lauk pauk makannya.
nasi campur semua ada la.
saya makan cucur ikan bilis, keropok lekor, nasi lemak, laksa penang, ais kacang.
pastu kecek kecek sikit kak wan punya mee rebus, dengan cuit ratah lauk lauk.
sokayy la makannya. tidak mengecewakan.
kata koo pak engku yang punya.
sapa tak kenal pak engku? wedding planner yang famous tu lorr..
20130705-030317.jpg
20130705-030325.jpg

: : my bff di office. mokcik wan : :

: : sham, khairy, kakgee, liyana : :

: : jemput makan : :
dah kenyang perut, barulah grup kementerian pelancongan tu mengundurkan diri.
makanya barulah kami tidak merasa tersisih lagi.
lalu, jom joget lambakkkk.
depa je la joget. saya mana boleh joget.
saya kan muslimah sejati *tarik stokin sampai lutut

: : amboi kemahen liyana : :
dah berjoget lambak, upacara potong pulut kuning.
untunglaaa abang KBS dapat complimentary pulut kuning ni haaa.

: : semua menyibuk atas stage : :

: : ambik kau potong dengan pedang samurai : :
ehem…
saya pengacara majlis di hari kejadian tau.
dont play play.
Sirih berlipat si sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Salam sejahtera pembuka bicara.
ceaaaa… berpantun kau normaya.
well… 😉

: : kak as sampaikan cenderahati kepada abang KBS : :
dah habis ucapan penyampaian hadiah segala, tetiba nampak dari jauh DJ Dave kau.
kelass kau abang KBS, siap DJ Dave datang haa..
ok ku propa.
DJ Dave datang sebab ada event lain la.
beliau dengan nancy foo.
tak semena mena pak engku mintak DJ dave nyanyikan lagu untuk kitorang semua.
sporting je ia terus kata OK.
lagu apa saya taktau. lagu lama dulu dulu laa.

: : amboihh abang mdnoor kemain duet : :
inilah dia kawan-kawan sedepartment saya.
semua pun saya sayang muah muah walaupun ada 2,3 orang yang boleh tahan jugak menyakiti hati saya yang fragile ini.
tapi saya tetap sayang mereka *peluk department
selesai semua tak reti reti balik office?
lalu nak pose pose di depan restoran.
tapi ada je makhluk Tuhan yang sibuk menyelit.
pfffttt..

: : mukh & salleh yang kepohchi : :
korang kalau nak makan kat restoran warisan pak engku ni sila kan lah yer.
alamat Restoran Warisan Pak Engku ialah di No 29, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur.
berdepan Dataran Merdeka sana.
kalau sesat barat, boleh contact 03 2692 4300.
atau lawati www.restoranwarisanpakengku.com.my
Bunga seroja di atas para
Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua saya pohonkan
selamat bersara abang KBS!

4 thoughts on “Farewell @ Restoran Warisan Pak Ungku

Comments are closed.