Diet di bulan puasa

alhamdulillah hari ni dah ramadhan ke 16.
dan saya masih belum up apa apa lagi gambar makanan berbuka mahu pun sahur. wu!
tahun lepas kalau korang ingat rajin jugak saya masak masak kan?
pastu up entry banyak jugak la.
dan setakat hari ni belum lagi ke bazar ramadhan.
wu kuasa dua!
adakah tahun ni saya tak masak?
yer saya berapa nak masak.
hari kerja petang beli kat cafe office.
balik rumah panaskan je.
sebab utama saya tak masak ialah kerana saya dengan encik z sama sama mahu berdiet.
sebelum puasa hari tu saya timbang 65.1 kg *rebah tepi penimbang
tak pepenah berat badan saya naik begitu hebat sebegini.
so sempena bulan puasa ni, apa salahnya sekalian cuba berdiet.
dengan mengamalkan 4 kaedah.
pertama, say no to nasi.
kedua, jogging.
ketiga, sapu losyen mustajab halia
keempat, minum teh kurus
saya jugak ada kaji sikit diet dari brochure susu alpha lipid dan diet atkins.
baru saya tau dan paham rupanya cara diet saya sebelum ni adalah salah.
korang kalau nak tau kena google la eh.
so saya pun adjust balik cara pendietan itu.
bulan puasa ni flexi hour saya 7.30 pagi – 4.30 petang.
petang salin baju, pastu tunggu asar sesiap.
kemudian zasss ke taman tasik titiwangsa.
lepas warm up, saya pun lari lari anak keliling taman tasik titiwangsa tu.
tapi takde la keliling sangat.
cam half pusingan la.
tu pun lari 5 minit, jalan 5 minit.
dah tetua ni semputtttt. takde stamina dah.
sedih hu hu.
biasanya dalam setengah jam dah settle.
balik rumah, sampai dalam pukul 6.15 petang camtu, kadang kadang sempat gak terlena.
panaskan lauk, berbuka.
gitulah kekiranya rutin kalau hari kerja.

: : tshirt blackout pembakau semangat laki bini : :

: : kasut sukan saya pun gamak eh tanjat tetiba di bawa melihat dunia luar : :

: : lepas jogging, berpeluh busuk masyam : :
weekend pertama puasa, saya masak.
pun takde la masak apa sangat sebenarnya.
lamb chop yang dibeli dah potong siap kat jusco.
tinggal masuk oven je.
up dengan murtabak maggie.
20130714-201254.jpg
sahur buat sup sayur campur yong tau foo.
ayam goreng cenonit 3 ketul.
20130714-201259.jpg
ni pun weekend yang sama.
berbuka dengan sup ayam campur sayur.
up dengan tempe goreng cicah sambal kicap.
ni memang kitorang ratah je, takdok nasi.
20130714-201303.jpg
tapi di ramadhan yang ke 6 saya dengan encik z sama sama tewas.
tewas pada nafsu. demm u nafsu.
tewas pada daging salai masak lemak cili api yang dibeli dari orang kat office ni ha.
dengan sambal tempoyaknya.
uishh kenot tahan, terus tanak nasi kau.
pastu makan membawa ke sahur.
dan kemudian menyesal tidak terperi. tsk.
20130722-142527.jpg
: : ni antara hidangan sahur saya & encik Z : :
weekend ke dua hari tu saya dah tak boleh puasa.
lepas subuh encik z tidur balik. letih gamak eh.
terus saya tanak nasi, lapau weyyy hahaha.
nasi putih, ikan masin dengan telur dadar.
kenyang sampai ke petang he he.
hari ahad masak burger dengan telur dadar je.
pun konyang.
20130722-142513.jpg
ubi kayu rebus ni saya buat sebelum puasa hari tu, tapi tak terupdate plak kat blog.
sekalian je lah update kat sini.
first time buat, sib baik jadi.
boleh makan dengan sambal ikan bilis atau pun kelapa parut digaul gula dan garam.
fuuuu setappp!!
20130714-214717.jpg
20130714-214722.jpg
minggu ke 2 ramadhan dah tak pi jogging kat taman tasik dah.
tapi bertukar ke gym kat office saya ni ha.
pukul 4.30 petang tukar baju, lari kat treadmill 35 minit sampai peluh peluh.
5.30 petang dah siap semua.
kalau rajin, solat dulu kat surau office. kalau malas terus zasss balik rumah. kul 6.15 petang camtu dah sampai rumah dah.
9 julai = 65.1kg
16 julai = 62.7kg (turun 2.4kg)
22 julai = 62.3kg (turun 400gram. 400gram je? cisss)
target? 59.9kg. mungkinkah terjadi?
mungkinkah?????
P/S : abaikan alas suratkhabar tu. tak beli alas meja lagi masa tu. sekarang dah beli tapi tak pepasang lagi. heh.

6 thoughts on “Diet di bulan puasa

  1. mengapakah 59.9?
    konon bawah 60kg la ye
    hehehe
    teruskan usaha murni anda..caiyok

  2. Maya .. aku mmg susah nak turun berat, tpnya Alhamdulillah laaa dlm sethn turun dh dkt 20kg .. paling tinggi, 5kg sebulan .. seminggu puasa turun laa 2kg .. yg 13kg tuh aku xtau laa mcm mana bleh turun tpnya yg start aku monitor turun 5kg tuh bila aku amal petua minum madu+serbuk kayu manis setiap mlm and pagi .. aku makan mcm biasa, xde diet2 .. mana yg aku rasa nk makan, aku makan .. senam hapa pun tidak, tido aje kejenya .. hahaha .. so far, berat dh x naik walau aku menghentam makanan waktu berbuka .. yg ini sila jgn ikut aku ok .. but sbb dh terasa pemalas nak bancuh madu +cinnamon powder neih, aku up setiap malam minum apple vinegar dlm 2 sudu .. Alhamdulillah, mmg berat tetap turun and makan mcm biasa ..

Comments are closed.