Blog Maya Dot Com

Curang

tanjat tak tengok status facebook saya ceni?
status ni dah lama kot. masa-masa PRU hari tu lagi.
saya ni dah bertahun kot tak up status meroyan memarah memaki mencarut kat facebook.
cukup cukup lah zaman kegelapan dulu.
dan dan dan takde kena mengena pun dengan kawan-kawan saya status ni.
siap ada yang komen sabarkan saya apa semua he he.
no lah.
saya walau marah walau sentap cemana pun dengan kawan-kawan, insya Allah saya takkan up la status memalukan kawan-kawan.
ye la jari jemari tu memang laju je nak menaip masa marah.
tak fikir natijahnya di kemudian hari.
melainkan kau memang dah pilih nak declare war dengan kawan kau tu, then logik la up status sekali pakej memaki.
tapi pun tak patut jugak lah.
kenapa ek ada orang yang tega, yang macam takde perasaan up status kat facebook dengan niat memang nak aibkan kawan-kawan sendiri?
serius saya tak paham.
kalau memang dah tak serasi berkawan bersama, tak boleh ke undurkan diri secara baik.
tanpa meninggalkan jejak jejak luka?
perlu ke nak bagitau satu dunia?
betullah manusia. rambut sama hitam, hati lain-lain.
ok benarnya status kat atas tu sebab saya emosi nonton drama bersiri Dahlia.
main kat astro mustika HD.
lama dah.
semalam episod akhir dah pun.
Dahlia ni ala ala teduhan kasih jugak.
tapi bagi saya jauhhhhh lagi best dari teduhan kasih.
saya tak suka watak Effa tu.
lemah lembik lemau nau.
nak sebut ‘abang, abang, abang’
macam apa ke lembik benau kau ni. tak makan nasi ke hapa.
yer saya faham watak dia sopan santun lemah lembut, tapi kalau dah lembik nau begini, dari kesian jadi menyampah la pula.
ok tu pendapat saya ek.
jangan plak korang up status facebook maki saya ehehe.
maknanya cerita Dahlia ni sama lah macam teduhan kasih.
so korang kalau tak nonton Dahlia, tapi nonton teduhan kasih dah boleh agak la jalan cerita dia cemana.
kisah 2 orang kawan baik dari zaman U, pastu sorang tu hati busuk dengki khianat.
sudah caras husband yang lagi sorang.
begitulah.
Dahlia – Dira Abu Zahar
Haliza – Raja Ilya
Razman – Hans Isaac
Fuad – Faizal Hussein
Dahlia yang teraniaya.
Haliza yang menganiaya.
Razman husband Dahlia yang kemudian dicaras Haliza.
Fuad lelaki baru yang muncul dalam hidup Dahlia lepas Razman meninggal.
lakonan semua pun adalah best.
especially Haliza tu. memang jahat dalam baik.
dedepan kemain ‘babe… babe…’
macam saya penah cakap dulu, BFF dulu cemolot, pastu tetiba gaduh tu perkara biasa kot.
tapi gaduh sampai mencaras husband kawan sendiri agak jahanam jugak la perangai di situ.
lagi sedih sebab Dahlia & Razman ada anak 2 orang.
masa scene rebutkan anak tu, bercucuran lah jugak air mata ibu ku ini.
anak yang sulung namanya Rania.
yang bongsu, Danish.
Danish tanya kat Rania kenapa depa kena berpisah.
kenapa sorang kena ikut Mama, sorang kena ikut Papa.
Rania cakap kalau bercerai memang macam tu.
Kawan Rania pun sama.
terus dalam hati saya, nasib baik anak aku sorang je.
kalau 2 orang, mesti kena terpisah ceni jugak.
tapi Haliza dengan Razman ni kira acceptable jugaklah kot sebab Haliza bukan bini orang.
kalau bini orang skandal dengan suami orang, haaaa tu keji kot.
tambah lagi kalau stok bini orang yang dulu dulu kemain mempertahankan hak hak isteri teraniaya, dok pong pang sana sini kata kita ni isteri dan ibu kena jaga maruah diri, jangan nanti anak-anak melambai dari muka pintu sebab kita tak dapat hak penjagaan anak dek kerana curang.
ha tu lagi double keji kot.
harus tempek kertas kat dahi depa tulis ‘HIPOKRIT’.
scene haliza dengan dahlia confront malam tadi agak terkesan di hati saya.
haliza luah semua apa yang terbuku, kenapa dia marah, dendam, sakit hati sangat dengan dahlia.
dahlia pulak kata banyak benda yang dia tak tahu, sebab dia ingatkan haliza ikhlas dengan dia selama ni.
oh dahlia… i can feel u.
sebab saya pun pernah experience benda sebegini.
bila saya ikhlas dalam bersahabat, tak pernah berkira, terima kekurangan sahabat saya seadanya, tapi rupa rupanya dalam diam dia ada perasaan tak puas hati dengan saya dengan attitude saya. tapi tak pernah pun tegur supaya saya dapat perbaiki.
bila saya tergelincir, tersalah langkah, saya dipangkah dan dibuang begitu saja.
segala kebaikan yang pernah saya buat untuk dia, hilang berterbangan seperti debu.
oh tidak, saya tak mengungkit. apa lagi membangkit.
cuma terkenang 🙂
oh ada satu watak namanya zara, lakonan watie elite.
zara ex girlfriend fuad.
dia kacau relationship dahlia dengan fuad atas desakan haliza.
episod semalam, dia jumpa dahlia. mengaku salah dia, dan mintak maaf.
being orang yang baik macam dahlia, dia memaafkan.
itulah tanda orang yang hatinya bersih.
tak simpan dendam. dan dia maafkan zara.
dan respect jugak pada zara, sebab merendahkan diri, tebalkan muka jumpa dahlia untuk mintak maaf.
jangan jadi macam sesetengah orang, dah la buat salah, ego taknak mintak maaf.
pastu bila orang lain mintak maaf, diwarwarkan cerita pada semua orang ‘tengok si polan mintak maaf kat aku, nampak sangat dia salah’
sahabat, tak jatuhnya ego kita kalau kita merendahkan diri dan minta maaf pada orang walaupun pada hakikatnya kita tak salah pun.
paling saya kesian bila ada orang yang keluarkan statement ‘jumpa kat akhirat nanti’
aduh. cetek betul pemikiran kamu.
kat akhirat nanti tak sempat dah kita nak cari orang nak mintak maaf, nak bagi maaf.
sementara hidup bernafas di muka bumi ni, buatlah.
jangan sombong. jangan bongkak. jangan menongkat langit sayang.
so.. apa kesudahan Dahlia.
Allah kan dah janji.
kita buat baik, insya Allah pulangannya baik.
kalau kita hati busuk, dengki, khianat, benci orang, sakitkan hati orang, aibkan orang lambat laun akan dapat jugak balasannya.
Dahlia dah bertemu dengan kebahagiannya bersama Fuad.
Dan harap korang yang nak menikah dalam masa terdekat ni beroleh la kebahagiaan yang korang cari yer 🙂
Tapi bahagia ke kehidupan dengan cara mencaras laki orang?
Fikir fikirkan dan selamat beramal…..
Bisikan Rindu – Dayang Nurfaizah (OST Dahlia)
Dengarkan bisikan kalbuku
Sungguh besar mencintaimu
Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam.. sedalam samudera
Mencintaimu, menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri
Walau pedih ini sungguh pedih
Akan ku relakan asalkan dia bahagia
Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera
Mencintaimu, menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri
Walau pedih ini sungguh pedih
Akan ku relakan asalkan dia bahagia
Tuhan kuatkanlah hati ini
Asalkan dia bahagia
Asalkan dia bahagia

    5 thoughts on “Curang

    1. Queen

      kak maya!!! sukaa sgt!!
      sbb kan Dahlia…saya mula suka Dira..btol watak dia spttnya berduka lara..tp dia mmg x lembik mcm effa. i is pangkah jg effa lembik..uweekk..gimme 5 kak !!

    2. erinhakim

      Cerita Dahlia ni mmg best sgt! Terkesan sgt dgn jalan citernya. Tak mcm kebanyakan drama yg kita tgk. Pelakon dia mmg best lah! Minat terus dgn Dira tu.. kitorang laki bini mmg layan drama ni dr awal sampai akhir..
      Episod smlm yg last mmg puas hati sgt… hambik ko rentung terus manusia berhati busuk camtu.. jgn x percaya cerita2 mcm ni mmg ada wujud dlm realiti kehidupan kita…