Blog Maya Dot Com

20 Ramadhan = 2 Tahun

hari ni 20 ramadhan. bersamaan dengan 2 tahun kalendar Islam saya dah bertudung.
insya Allah tarikh yang akan saya ingat sampai bila-bila.
terima kasih Allah kerana memanjangkan umur saya, memberi saya peluang untuk menutup aurat. semoga saya istiqomah. amin.
masa mula-mula saya bertudung dulu memang banyak cacat celanya.
in fact sekarang pun masih lompang sana sini huhu.
saya ingat lagi masa memula bertudung, ada sekali tu saya pakai tshirt lengan pendek.
ada seorang sahabat tegur.
lepas tu baru cam tersentak haah la pendek bebenau kot tshirt saya tu.
tapi pakai tudung. acaner tu.
so pepelan saya pakai stongan.
pun stongan masa tu ketat juga. huhu.
la ni saya pakai jugak tshirt lengan pendek, tapi saya cuba pakai inner kat dalam dengan lengan yang lebih longgar.
bukankah setiap hari merupakan proses pembelajaran dan peningkatan diri?
awal bertudung saya suka sangat pakai tudung tie rack.
maklumlah orang baru bertudung, rajinlah nak melilit bagai.
tapi makin lama makin lama, saya rasa tudung tie rack tu tak praktikal. kadang kadang ada yang jarang juga.
so saya bertukar pada tudung lycra awning keras ariani dan ala ala ariani.
memula ok. tapi lepas lepas tu pun rasa tak praktikal.
nak kena basuh tangan, pastu nak iron pun payah.
kalau emergency tak bawak telekung nak solat kat luar pun tak boleh.
dalam masa yang sama pakai jugak tudung bawal.
tapi kebanyakan kawan-kawan yang sedekah.
yang saya beli sendiri ada la 3,4 helai.
tu pun sebab kakwan jual. beli sendiri kat jalan TAR ke memang takde rasanya.
tudung bawal ni evergreen kan so memang sokayy je pakai.
encik z paling suka saya pakai tudung bawal.
dan akhirnya muncullah tudung syria instant 2 pieces.
dan tudung syria soft awning.
alhamdulillah rasanya setakat ni dua tudung ni lah yang menepati citarasa saya.
praktikal.
basuh campak mesin terus.
nak iron pun senang. nak bawak travel pun mudah.
dan boleh terus dibawa solat 🙂
tapi saya pakai jugak kadang kadang shawl.
tu bila tak solat lah. so takde memikir nak kena lilit shawl dalam surau. sampai mengannoykan orang yang nak guna cermin hee.
apa pun pilihan tudung yang kita pakai, terserah masing masing.
tapi janganlah sampai mengata dan memperlekeh orang lain.
ada saya terbaca kat facebook, ada orang tulis kata orang-orang yang beratur panjang semata mata nak beli tudung fareeda tu orang mental.
fareeda kan selalu buat sales so bila ada sales cam peminat setia tudung fareeda ni akan bertunggu tangga sebab nak dapatkan harga runtuh.
saya yakin kebanyakan diorang yang sanggup tunggu ni pastu jual balik secara online. kan?
tapi takyah la sampai panggil orang mental ke apa.
not good lah sayang.
saya bukan peminat tudung fareeda.
bukan juga pembenci. 🙂
Tudung wanita itu terbahagi kepada empat.
Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram.
Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang.
Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.
Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir -Ustaz Pahrol Mohd Juoi

    2 thoughts on “20 Ramadhan = 2 Tahun