Mr Pai Epal

Mr Pai Epal. Nak tahu lebih lanjut kisah cik Yaya sayang dan Izz Amir? Boleh terus ke laman web penulis beli dengan penulis bersama TT besaunya dan stamp Eiffel Tower juga menanti. Atau nanti bila Karya Seni dah buka order online boleh terus klik klik dan pilih Mr Pai Epal masuk dalam troli. Hokeyy?
Kalau nak tahu, MPE lebih kepada dunia kulinari. Bergenre komedi romantik (ye o o aje <—— kata Mardihah) Cef Izz Amir handsome 14 juta pun ada dalam MPE. He he. Cik Yaya sayang pun ada dan kemudian jom kita mengembara ke Paris. Kita ke Alsace yang cantik nanti k.

Jom baca blurb dan akhir kata dari si penulis —-> membaca amalan mulia. Heh.

:::Sejak kami berdua berkenalan, pelangi sentiasa sahaja menemani hari-hari aku. Bukan setakat pelangi, bunga sakura pun terkejut dan tumbuh di Malaysia. Transformers pun tiba-tiba terpacul jadi pak guard. Mereka siap mengiringi musim cinta kami. Ye o o aje dia tu mengurat aku. Heh:::
“Cik Yaya sayang? Oooo Cik Yaya sayang. Rindu saya tak?” – Izz Amir
“Gila!” – Yaya
“Ya, kan saya mengaku saya gila. Gilakan awak.” Izz Amir
Yaya dan Izz Amir. Mereka bertemu dengan iringan hujan yang menyanyi. Mereka menyatu dengan rintik hujan yang sedang menari-nari. Peristiwa itu terus terpahat dalam hati Izz Amir dan membuahkan rasa cinta sehingga membawa ke dunia impian mereka.
Namun, musim cinta yang mekar terus lenyap apabila kepercayaan aku kepadanya menipis. Berkubur nama Izz Amir. Lenyap dan mati sehingga aku membenci. Aku memadam kenangan itu. Membawa diri ke Le Cordon Bleu, Paris. Cita-cita jadi pengganti dan aku usir namanya yang pernah bermukim di kotak hati.
Namun, hati benar-benar terusik dengan kemunculan semula dan kesungguhan dia. Mata dia, benar-benar menawankan seluruh jiwa dan raga.
“Ya. Saya yang sentiasa mengekori awak setiap masa. Yaya, please, please. Beri saya ruang dan masa untuk bertemu dan bercakap dengan awak.” – IZZ AMIR
“Aku benci kau Izz Amir. Dari dulu sampailah sekarang. Pergi! Pergi!” YAYA
Cik hati, kenapa kau membenci tetapi ada nada cinta bersemi? Cik bibir, mengapa sukar melafazkan meski selalu menyebut namanya yang dirindui? Kenapa sukar melenyapkan namanya di dalam jiwa ini? Mengapa?
***
www.mardihah.com
“Kalau dia inti pai epal, aku kulit pastrinya.
Apabila dicantum, rasanya manis seperti cinta!”

One thought on “Mr Pai Epal

Comments are closed.