Mandi Manda di Janda Baik

ok sambungan dari lepas celebrate birthday encik z kat restoran rumah thai tu, kami terus zass ke janda baik.
saya book chalet kat D’River Resort.
dah itu je yang kosongnya. yang lain semua full house!
dari rumah saya ke janda baik ni idok ler jauh benar.
tak sampai sejam pun dah sampai.
tapi jalan cam sempit bengkang bengkong sikit la.
sampai sampai di tempat kejadian, terus ke office nya nak ambik kunci.
tetengok takde orang. suh call nombor hp yang terpapar pastu kena la tunggu jap.
bebudak dah tak menyabau terus terjun masuk sungai.
si caca tak pakai baju terus lah saya marah.
aah dan dan meraung. derrrr???
mommy tegur sebab sayang laaa caca oiii…
awok dah 6 tahun. malu laa tak berbaju!
2 gambar ni kat area bebetul depan chalet.
tapi bukan chalet yang saya sewa.
yang saya sewa tu ke belah tepi sikit.
aterrr semua pun penuh.
DSCN1019
DSCN1020
dah dapat kunci apa semua, baru kitorang gerak ke chalet.
letak barang semua.
budak budak sambung mandi.
tapi yang benarnya sungai depan chalet saya ni macam tak berapa molek nak mandi.
saya tengok ok je.
belasah je la.
bukannya nak renang kuak lentang kuak rama rama pun.
rendam rendam kaki je ponn.
patutnya kena bawak bunga 7 jenis.
pastu mandi bawah jambatan. #lawakhambar
DSCN1021
jb2
DSCN1026
DSCN1027
pukul 6 petang lebih saya hambat budak budak naik.
takut jugak kan dalam hutan ceni, tak mo la lewat lewat.
semua pun mendengar kata, naik mandi-mandi semua.
eh pasal resort ni later saya cerita kat entry lain k.
DSCN1035
: : ayah yang rajin melayan anak-anak : :
malam tu keluar cari kedai.
mau beli air mineral. kedai yang paling dekat sudah sold out air mineral nya.
nangisss.
so lajak ke depan sikit, sib baik ada. tu pun botol kecik kecik.
korang kalau ke janda baik, beli dan bawak ler sesiap air mineral, jajan, keropok ke hapa k.
saya ambil 2 chalet.
malam tu yaya & caca nak tidur chalet saya.
dedua pun ok nak tidur kat bawah.
so saya bentang toto. ah tidur lah korang 2 sepupu.
besok nya bangun pagi uiiiii sejukkkkk.
dedua berselimut.
saya cium cium kejut bangun pun takmo.
mengerekot tidur.
saya je la bangun awal.
rugi laaaa nak tidur lelama.
haruslah menikmati keindahan pagi di janda baik.
begitu kata hatiku.
DSCN1042
DSCN1044
: : ayah pun sama mengerekot tidur : :
tapi tak lama pun saya bagi chance encik z tidur.
kejut jugak jugak.
lalu ajak beliau berjalan berpegangan tangan menghirup udara segar di janda baik.
perlu ke nak mention berpegangan tangan tu?
ingat ko sorang je ada laki normaya?
pegi cari breakfast.
sementara menapau, saya dengan encik z breakfast terus kat sini.
DSCN1051
: : kedai breakfast : :
minum teh o. dan makan nasi lemak.
sedap. roti canai tu pun sedap.
nasi lemak tu dah last last kopek dah. sib baik sempat.
last 2. pastu dah habis.
pepagi dah berwhatsapp dengan kaktin & june.
bengong tau depa ni.
eh sebenarnya dari petang semalamnya lagi dok berwhatsapp.
memula dok gossip kisah june.
pastu pagi tu gossi kisah kaktin pulak.
lawok la depa ni.
DSCN1055
balik chalet tengok semua pun dah bangun.
pass kan nasi lemak dengan roti canai.
lalu breakfast lah di tepi sungai beramai ramai.
DSCN1058
: : saya dan encik z di balkoni chalet. balkoni lah sangat : :
DSCN1059
DSCN1060
DSCN1061
DSCN1062
DSCN1063
DSCN1064
DSCN1069
nama pun bebudak kan. bukan kisah sangat air tu cemana.
asalkan dapat berendam dah happy dah.
ok sambung nanti. dah panjang nau banyak gambar dah ni.

2 thoughts on “Mandi Manda di Janda Baik

Comments are closed.