Maamar Mahathir

last saturday saya pergi melaka.
dengan encik z, mama, yaya & caca.
mahu melawat anak saudara saya yang baru.
anak kepada adik saya, Adil. dan wife nya yana.
yang entry NI lah.
macam macam spekulasi yer.
ada yang kata saya keguguran.
sebab tengok tajuk entry tu ek?
takdelah. tu gambar anak saudara saya la tu.
tapi saya protected kan sebab ada isu sikit.
tapi dah selesai pun. saya dah unprotect.
ah pegi lah kalau nak tengok.
ada jugak yang mintak password saya bagi je.
tapi lepas dapat password terus senyap. amboih.
so lain kali kalau korang mintak password, turn saya pulak senyap, jangan sentap k?
20130610-013719.jpg
: : saya tempah diaper cake dari shilashower : :
comel kan diaper cake ni?
korang kalau nak tempah boleh pegi blog shila.
macam-macam fesyen kaler design semua pun ada.
gerak dari rumah pukul 11 pagi camtu tapi pegi breakfast kat ali maju dulu.
saya cek ipad tengok laaa bateri kong habis dimain dek budak budak ni.
dapat cas kejap kat rumah sampai 40%.
ingat nak sambung cas kat ali maju, tapi sentap bila tengok soket suis gini ha romannya.
dicucuk cucuk kenot connect. sentap tau.
20130610-013737.jpg
20130610-013749.jpg
: : caca dah sama tinggi dengan yaya : :
oleh sebab bateri ipad tak berapa nak ada, so terpaksa dera budak budak. tak boleh guna ipad dalam kereta.
memboringlah mereka.
tu la next time tengok bateri tu, kalau dah kurang terus cas.
bukan tunggu sampai kong.
faham anak-anak?
selepas 2 jam meredah highway yang boleh tahan jem nya, sampailah kami kat melaka.
terus je ke rumah parents yana kat malim sana.
apa lagi terus cari baby lah!
memperkenalkan!
anak saudara saya yang baru.
cucu lelaki pertama dalam keluarga allayharham mukhtar dan puan normah.
excited angat angat.
namanya Maamar Mahathir.
Mahathir tu nama adik saya yer.
so maknanya Maamar bin Mahathir.
Nama Maamar ertinya adalah Kemakmuran yang diberikan untuk seorang anak lelaki.
Nama Maamar berasal dari Arab (Islam), dengan huruf awal M dan terdiri atas 6 huruf.
Kata Maamar memiliki pengertian, definisi, maksud atau makna Kemakmuran.
20130610-014049.jpg
: : bangun Maamar, mommy datang nak tengok awak ni : :

20130610-013845.jpg
yana kata Maamar penggeli.
bila pampers penuh atau berak cam melolong lolong raungnya.
tak nyempat nyempat nak tukau.
lepas tukau terus diam senyap.
oh bagus Maamar ni. penggeli maksudnya pembersih la kan.
good job Maamar. keep it up.
20130610-013908.jpg
lepas asar baru gerak dari rumah yana.
bye bye Maamar. nanti kita jumpa lagi ok sayang?
tak terus balik KL.
alang alang sampai melaka, harus pi makan keria limbongan dan coconut shake klebang.
letsss.
kedai yang biasa tu dah habis keria nya.
so kami ke depan sikit, ada lagi satu kedai kat situ.
tapi taktau la owner sama ke lain.
cumanya rasa keria ni cam kurang kick.
tapi takpe tetap lazatt. bahammm.
20130610-014113.jpg
20130610-014125.jpg
: : keria yang seksi : :
20130610-014144.jpg
: : encik z orang terakhir yang boleh tapau coconut shake kat luau : :
20130610-013943.jpg
: : coconut shake yang mengorgasmakan : :
melepak kejap kat pantai 1 malaysia kat klebang tu.
bebudak main buai, pastu naik kuda.
saya dengan mama bergossip hal hal kewanitaan.
20130610-014002.jpg
: : main buai : :
20130610-014014.jpg
: : yaya nak naik kuda. ah pegi lah nak : :
20130610-013951.jpg
: : me and mama : :
20130610-014021.jpg
: : tetiba ada pelangi. cantik! : :
20130610-014029.jpg
by maghrib kami pun bergerak pulang.
stop kat restoran jejantas ayer keroh solat apa semua.
baru teringat benarnya saya nak cari belacan!
ingat nak singgah kat tetepi area zoo taman buaya tu, tapi sudahnya balik lalu jalan mana tah.
every time pegi melaka mesti cam kesesatan nak balik dari town ke ayer keroh.
so terpaksalah beli je kat restoran jejantas ni.
mahal sikit laaa. tapi sokayyy.
20130611-204837.jpg
: : belacan, cakar ayam, wajik sirat, dodol, candy kelapa : :
sampai KL pukul 10 malam jugak rasanya.
tapau char kuey teow, pastu beli durian.
sian caca dok tanya tanya nak makan durian.
beli RM20 4 bijik.
20130610-014408.jpg
alhamdulillah semua pun berjalan lancar.
terima kasih Allah di atas segala nikmat yang dipinjamkan ini.
i’m blessed….

5 thoughts on “Maamar Mahathir

  1. meriah la raya tahun ni ada Maamar
    tahniah k.maya dpt anak sedara baru
    n opah dpt 1st cucu lelaki

  2. yeayy baby boy!! alhamdulillah..
    aah la kak, keria yg depan sikit tu tak bape nak kick. sedap lg yg sebelum tu.
    lg plak makan time panas2! pergh!!
    ok skrg dah kecur air liur 😛

Comments are closed.