Kat Malaysia Anak Lembu Tak Boleh Makan Ek?

pagi pagi zaki dah datang nak bawak kitorang pegi angkor wat.
tapi oleh disebabkan gambar kat angkor wat cam banyakkkkkk gila so aku skip dulu eh cerita kat angkor wat.
(ada hati lagi nak skip tu kannn. tah bila nak update tak tahu lahh)
balik dari angkor wat, kitorang terus pegi lunch.
lunch kat restoran ustaz musa.
ambik kau banyak gila lauk pauk. memang kenyang burpp burpp dibuatnya.
lepas lunch aku dah tak ingat kitorang buat apa.
rasanya aku macam lepak lepak kat area inn je kot? serius tak ingat.
tapi dalam pukul 5 petang camtu zaki datang jemput kitorang.
kami berpecah. 3 orang pegi massage. 2 orang nak tengok sunset pulak kat angkor wat tadi.
aku pegi massage.
cambodia massage ok ok lah. aku tetap suka yang kat bangkok dulu.
settle massage, zaki pegi ambik ida & sha kat angkor wat, pastu ambik kitorang yang lain dan terus saja pegi dinner!
dinner kat gerai kakak zaki. somewhere in siem reap tapi aku tak tahu kat celah mana.
lalu celah celah pasar malam segala.

: : anak lembu! : :
aku terfikir eh kat malaysia ada ke pun anak lembu ek?
zaki kata rasanya kat malaysia tak boleh sembelih anak lembu.
kekdahnya. ye ke korang?

: : daging lembu yang juicyyyy : :

: : di makan dengan ulam ulaman ini : :

: : yang ni cam ala ala yong tau foo : :

: : zaki : :
aku kan suka makan daging. so memang terbaik ahhh.
lembut je daging anak lembu ni.
korang kalau datang sendiri atau ikut travel agency, memang tak ah dapat makan kat sini.
so aku suggest roger rogerlah ustaz musa. dijamin puas hati 🙂
sebelum balik tu bagitau kat zaki kitorang nak jalan menyusur pasar malam tu.
so zaki pun drive van bawak ke depan sana.
kira kitorang jalan dari hujung sampai lah ke van.
tetengah jalan tu nampak la sorang penjual ni dengan anaknya.
aku pun pegi la dekat acah acah.
budak tu dalam 3 tahun camtu. idok ler comel mana pun.
dia nak plak tu terus cam depa tangan suruh aku dukung.
idok ler aku dukung, aku cuit cuit je.
fin pun snap snap gambar.
pastu bila dah babai babai, omaknya bersuara ‘1 dollar, 1 dollar’
bergambar dengan anak dia kena bayar ‘1 dollar’ kooo.
suri cruise ke anak kau sampai nak kena bayar ni.
aku buat taktau terus jalan, omaknya membebel apa tah.
motippp tau semua nak 1 dollar 1 dollar. pffftt..

3 thoughts on “Kat Malaysia Anak Lembu Tak Boleh Makan Ek?

  1. kita g sana tak makan kedai pon kak…spesis tak berduit tp nak berjalan hehehe

    aah….sikit2 1 dollar…1 dollar….macam la kt ni mat salleh yg kaya…pe sgt 1 dollar kan…hehehe

Comments are closed.