Apa yang anda perlu tahu tentang Siem Reap

kat siem reap ni aku dengan kengkawan stay kat mandalay inn.
macam mana aku boleh tau pasal mandalay inn ni?
hasil google lalu terdampar kat blog INI.
khatam terus lah entry siem reap beliau.
malas nak pikir pikir sangat, so aku decide book terus mandalay inn.
korang boleh check rate dan info pasal mandalay inn kat SINI.
kalau tanya aku memang ok je. puas hati je.
16USD satu malam, satu bilik.  dua malam baru 32USD. bahagi 2 orang, lebih kurang RM48 untuk 2 malam sorang. murah la kan? satu malam RM24 sajork.
mandalay inn ni 3 tingkat tak silap.
takde lif, so memang kena naik tangga lah.
aku dapat tingkat 2, so naik tangga sikitlah.
aku share bilik dengan fin.

: : pintu masuk : :
kat luar ada meja meja kayu untuk melepak ambik angin.
sapa yang bawak laptop boleh la lelepak kat sini sambil surf.

: : reception : :

: : dari luar boleh nampak tulisan mandalay inn : :

: : selamat datang : :

: : hall tempat lepak lepak : :
ini ha owner mandalay inn.
baik orangnya. tapi aku tak ingat dah nama dia.
berbalas balas email waktu nak confirmkan booking apa semua dengan dia lah.
tu semua anak-anak dia.
yang 2 orang budak perempuan tu fasih sangat bahasa inggeris.
dok borak borak dengan aku tanya itu ini.
masa aku pegi tu, bulan januari 2012, kawasan depan depan hotel ni tengah construction besar besaran.
ada jalan yang ditutup so kena buat lencongan bagai.
takpe, bukan aku yang kena pikir pun.
tapi dedepan ni cam tanah merah, agak berhabuk berpasir sikit la.
aku dah cari cari contact number ustaz musa tapi tak jumpa.
so sorry angat angat.
aku tolong google untuk korang, dan jumpa ni.
haaaa so kalau korang nak ke siem reap, boleh la try sms/call atau email nombor di bawah k?
Restoran milik Ustaz Haji Musa iaitu Muslim Family Restaurant yang letaknya berdekatan dengan Masjid An-Nikmah, Siem Reap.
E-mail ( musasoleh@yahoo.com) atau ( SMS/call:+855 12946 220/ atau +855 11 946 220)
Perlu diingatkan, Ustaz Haji Musa akan masak mengikut tempahan awal.
Kira kalau tetiba korang muncul pegi nak makan, memang takde ok.
So kalau nak pegi, email sesiap tarikh sampai, waktu nak makan dan sebagainya.
Pre orderlah kekiranya.
pada pendapat aku kalau korang nak ke siem reap semata nak pegi angkor wat, 2 mlm dah cukup benarnya.
malam pegi shopping kat night market.
takyah lelama. sebab siem reap memang tarikannya angkor wat pun kan.
ok aku hutang entry angkor wat je lagi ni.
tu pun rasa kena pecah pecahkan 2,3 entry sebab gambar banyakkkkk gila.
dalam dslr buat hal, tatapppp pose pose.
dan gambar pun bagi aku cantik cantik je semua.
till then, tata titi tutuuuu…

2 thoughts on “Apa yang anda perlu tahu tentang Siem Reap

  1. Salam kenal Maya,

    JM dpt tahu pasal blog ni dari blog Kak Kiah Suka Travel, JM pun suka Travel 🙂

    Jan Next year JM akan ke Siem Reap so boleh la booking Mandalay Inn ni..

Comments are closed.