WW Memorial & Dinner Labuan Style

kalau ikutkan itinerary yang saya buat tu, labuan bird park adalah lokasi terakhir untuk dilawati di hari pertama ini.
tapi memandangkan siang masih awal lagi so letss ke world war memorial yang letaknya di Jalan Tanjung Batu.
world war memorial ni dalam bahasa melayunya tugu peringatan peperangan la kan.
eh ada perang eh kat labuan?
termalu kejap sebab hari tu saya up entry kata bukan ke negara selepas perang hik hik hik (gelak tutup mulut)
tugu peringatan ni campur campur bangsa dan agama di dalamnya.
sebab perang la kan, so dah bercampur semua.
so terus diletakkan di bawah satu tugu peringatan je.
tapi saya dan adik adik saya ini masih ragu ragu adakah mayat sebenar di kebumi atau sekadar tugu peringatan semata.
sesiapa yang tahu, mohon memberi pencerahan.

: : tabik hormat! : :

: : nama nama mereka yang gugur di medan perang : :

: : taktau la pose apa ini : :
cuaca masih panas.
tapi tetap gigih nak bergambar serata tempat.
lepas tu balik apartment.
lepas maghrib, ke isyak keluar pi cari makan.
semua malas nak keluar jauh maka nya makan je kat depan apartment tu ha.
ada medan selera.
korang pelik tak tengok anak tudung saya tu?
sebenarnya saya pakai terbalik! wahahahaha.
saya salah tetas.
memang semua inner syria saya tetas kat belakang untuk mengelakkan effect muka melekap bulat.
tapi ini kali tak perasan sudah salah tetas.
budak-budak ni pun takde yang menegur, tak perasan lettew.
semua bersepakat nak makan chicken wings.
ok memang sedap. sorang 3 ketul ngap ngap.
dan boleh kata bersepakat juga makan goreng goreng.
saya ambik kuey teow goreng ni ha. tak sedap sobsobsosb.
usai makan singgah giant beli susu roti coklat air mineral.
apartment ni takde breakfast yer.
maklum la service apartment.
berakhir hari pertama di labuan.

6 thoughts on “WW Memorial & Dinner Labuan Style

  1. chicken wings kat medan selera tu dah mcm wajib makan tiap kali pegi Labuan (Y)

Comments are closed.