Welcome to Labuan!

Assalammualaikum…
Ok pada 4 hingga 7 April 2013 hari tu, saya dengan Masy, Dyana & Ain dah pergi ke Labuan together-gether.
Saya memang ada bercita cita nak ke Labuan. Ada dah suarakan pada encik z.
Tapi dah takdir rezeki saya dapat pergi dengan adik-adik saya ni semua 🙂
Flight pukul 7.35 pagi.
Semua pun tidur kat rumah saya.
Pagi pukul 5 dah keluar, encik z hantar ke kl sentral.
lompat naik atas bas terus sampai lcct.
saya baru tau kalau flight domestik tak payah sahkan boarding pass eh?
makna kalau dah web check in boleh terus proceed ke gate je.
mana la chek nak tau.
dah lama tak naik domestic flight. gituuu kata kau normaya.
sementara menunggu flight tu, kami pun berbreakfast.
sakit jantung mahal nya nasi lemak dengan air mineral.
pasrah. sebab takut lapau seperti hawau di dalam flight, maka baiklah kita makan saja.
perjalanan ambik masa dalam 2 jam setengah.
tapi benarnya tak sampai 2 jam setengah pun.
dalam 2 jam gitu je kot.
curi curi snap gambar kat airport.
nak ambik gambar pun tak boleh, berkira sangat tau.
saya dah booking kereta sewa sesiap tapi tengok takde pun.
lalu saya pun call orang tu, suara baru bangun tidur, apakah?
tapi katanya 10 minit dia sampai.
sib baik betul. so kunci kereta bertukar tangan.
nanti pasal kereta sewa ni later saya cerita kat entry lain yer.
terus menuju ke apartment yang dibooking.
kitorang stay kat beta service apartment.
pasal apartment ni pun later saya share yer.
sib baik boleh check in awal.
letak beg, rehat rehat kejap pastu terus zasss ke lokasi pertama.
lokasi? macam ke nak shooting pilem.
ok tempat pertama yang kami tujui adalah Peace Park.
di dalam Peace Park ini ada Japanese Surrender Point.
tapi sebelum tu kitorang pusing pusing cari tempat makan tapi ndak ada bah.
nampak ada gerai jual goreng pisang dengan nasi ayam, so zass tapau je la kat sini.
beli air kat kedai runcit berhampiran.

: : nasi ayam ala labuan : :

: : bismillah.. jemput makan : :
Peace Park ni letaknya di Pantai Layang Layangan.
gamak hari khamis, hari kerja maka nya sunyi sepi saja pantai ini.
cuma terdapat 2 orang mak dara dan 2 orang anak dara saja sesekali tertawa kecil sambil makan nasi ayam.
lepas makan apa lagi, bergambarlah.
walaupun pixel kamera saya kecik sikit dari dak masy, tapi kualiti gambar tidak mengecewakan.
syabbas kamera! *tepuk bahu kamera
basically Peace Park atau Tugu Peringatan Perdamaian ni didirikan oleh Pertubuhan Ikatan Pasifik Selatan Jepun pada tahun 1976 sempena memperingati jasa para perajurit yang berjuang dan gugur di medan pertempuran.
Tugu  ni menjadi lambang kesungguhan manusia dalam melaksanakan kewajipan mereka dan sebagai melambangkan harapan membara setiap warga Labuan agar pulau ini tidak lagi menjadi tempat penderitaan dan kesengsaraan.
hah ambik kau normaya jadi pakar sejarah.
heee layankan ajer.
labuan panas berdenting oiii..
tapi ku tahankan jebat.
saya pegang batu kat bawah ni panas tapak tangan.
dak masy buat muka kekwat kata tak panas pun!!
*&&@*@^#@)_)@(&#@)@_)@+
ah tak kira, panas jugak!
dah melawat taman damai ni, dalam hati pun kena la semaikan kedamaian yer adik adik.
peace no war!

One thought on “Welcome to Labuan!

Comments are closed.