Blog Maya Dot Com

Saya dan suami memang nak zuriat TAPI…..

assalammualaikum semua.
entry ni dah lama saya simpan.
takde lah apa sebab kot. cuma mungkin tunggu masa yang sesuai untuk dikongsi.
pertama-tama sekali saya mintak maaf kalau entry ni mungkin ada yang rasa macam tak selesa, or tak sesuai untuk dikongsi ke apa.
insya Allah niat saya baik. cuma mahu berkongsi dan bagi panduan pada yang senasib dengan saya, yang mungkin taktau nak mula macam mana.
pada yang dah lama baca blog saya mungkin dah tau la kan tentang diri saya serba sikit.
pada pembaca baru, saya ringkaskan lah.
saya pernah kahwin dengan FM tahun 2002.
dapat anak tahun 2004.nama yasmin @ yaya.
saya bercerai tahun 2007.
jadi single mom lebih kurang 2 tahun setengah.
disember 2009 saya nikah kali ke 2 dengan encik z.
kira-kira tahun ni dah tahun ke 4 lah kami bergelar suami isteri.
alhamdulillah kami bahagia.
terima kasih pada yang mendoakan.
perkahwinan saya dengan encik z belum lagi dikurniakan cahayamata.
pada yang asyik bertanya tu, saya bagitau kat sini, kami suami isteri memang nak anak.
takde istilah merancang atau nanti dulu atau enjoy dulu.
kami memang mencuba, tapi belum ada rezeki.
awal tahun lepas alhamdulillah encik z dapat kenaikan pangkat.
ada duit sikit dalam tangan, saya ajak encik z pegi jumpa doktor untuk cek.
kot lah ada apa-apa masalah. sama ada saya ataupun dia.
awal bulan 5 tahun 2012 kami ke poliklinik subasri & gan di rampai business park.
jumpa doktor dan bagitau masalah kami.
inilah rentetannya untuk panduan semua TTC.
doktor suruh saya  datang masa hari ke 2 saya period.
Hari ke 2 Period
24 Mei 2012.
1. Saya kena buat blood test.
2. Doktor bagi ubat untuk dimakan hari ke 2 hingga hari ke 6 subur dan juga pada sambung ubat lain pada hari ke 7, 8 dan 9 iaitu 29 Mei, 30 Mei & 31 Mei.
Ubat dimakan di sebelah malam sebanyak 2 biji.
Ubat ni untuk cuci usus.
Bayaran – RM252
3. Encik Z diberi botol untuk keluarkan sperma pada 31 Mei malam
Bayaran – RM125
4. 2 pam ubat diberikan pada saya untuk dimasukkan ke dalam punggung pada pagi 1 Jun.
31 Mei 2012
Kami jumpa doktor pukul 8.45 malam untuk tahu keputusan ujian sperma Encik Z.
Menurut doktor, sperma Encik Z adalah sihat dan banyak.
Saya dan Encik Z sama-sama tengok melalui teropong (suka suka je teropong, ala yang macam CSI tu la)
sperma berenang dengan gembira ke sana sini huhu.
Blood test saya ok, takde masalah.
Pagi 1 Jun masukkan ubat dalam bontot.
Menggelupur saya waktu Encik Z picit masukkan ubat ni dalam bontot.
Lepas ubat masuk, terus cirit birit tsktsktsk..
Lepas tu pegi buat Xray dan HSG.
Saya buat dekat klinik area Jalan Ipoh sana.
Sorry nama klinik dah lupa.
Tapi takpe, nanti gynae mana yang korang pergi tu yang akan refer untuk buat Xray dan HSG.
Bayaran RM250.
Saya memang takde idea langsung apa itu HSG.
Pastu ada ke saya ingatkan Xray tu macam xray biasa.
rupanya xray kat perut.
HSG ni takde la sakit sangat, cuma macam cuak.
Aterrr, besi dimasukkan dalam korang punya ehemehem.
Sakit sikit macam period, pastu keluar darah sikit.
Sebelum xray dan hsg, kena makan ubat ni dulu.
Hysterosalpingography (HSG), juga dikenali sebagai uterosalpinography, ialah pemeriksaan x-ray digunakan untuk membantu mendiagnosis tumor yang disyaki dalam kandungan, jisim atau kecacatan kongenital, atau di mana tiub fallopio boleh disekat. HSG menggunakan borang khas x-ray yang dikenali sebagai fluoroskopi dan bahan Sebaliknya. HSG selalunya perlu dalam kes-kes kemandulan untuk membantu menentukan masalah yang terlibat. Teknik ultrasound telah ditingkatkan supaya mereka juga boleh mendiagnosis beberapa keadaan dalam kandungan, tetapi tersumbat tidak tiub.
X-ray (radiograf) adalah ujian yang tidak menyakitkan perubatan yang membantu penyedia penjagaan kesihatan mendiagnosis dan merawat keadaan perubatan. Radiografi melibatkan mendedahkan bahagian badan kepada dos kecil sinaran mengion untuk menghasilkan gambar-gambar bahagian dalam badan. Sinar-X adalah borang yang tertua dan yang paling kerap digunakan pengimejan perubatan.
Fluoroskopi adalah teknik x-ray khas yang membuat ia boleh untuk melihat organ-organ dalaman dalam gerakan. Apabila rahim dan tiub fallopian diisi dengan bahan larut air Sebaliknya, pakar radiologi mampu untuk melihat dan menilai anatomi dan fungsi mereka.

: : xray HSG saya : :

: : keputusan HSG saya : :
dan setelah dixray memang takde apa apa kepelikan atau pun tersumbat kat mana-mana.
maksudnya memang tiub fallopio saya clear.
kira takde halangan untuk sperma masuk.
Next pegi buat blood test (lagi?) hari ke 21.
iaitu 12 June 2012.
blood test kena buat 2 kali sebab nak tengok darah waktu tak subur dan waktu subur. bacaan lain lain.
12 June buat blood test. RM125

: : keputusan ujian darah & sperma encik z : :
Dan appointment dengan gynae 16 June 2012.
16 June jumpa gynae – RM205
Doktor bagi ubat untuk encik z dan saya.
Ubat untuk saya bagi tujuan produce telur dan kalsium.
Doktor jugak advice suruh ambik acid folic.
Hari ke 14 period kena datang lagi untuk buat scan telur.
Alhamdulillah pun semua ok.

: : calcium supplement : :
kesimpulannya, alhamdulillah saya dengan encik z both normal dan sihat walafiat.
tinggal lagi faktor timing dan ya.. rezeki.
Allah SWT taknak/belum nak bagi lagi.
Dia ada perancangan tersendiri buat kami suami isteri.
ada jugak kawan kawan yang suggest suruh buat IVF, IUI.
terima kasih sangat sangat saya ucapkan.
ada jugak yang bagi petua itu ini.
semua pun saya amat amat hargai.
for time being rasanya IVF, IUI tu belum lagi lah kot.
saya ada suarakan kat encik z pasal nak ambik anak angkat, tapi dia senyum je. fahamlah saya kan.
mungkin kami nak cuba dalam 2,3 tahun lagi.
kalau tak dapat jugak, ya.. saya anggap bukan rezeki saya untuk merasai pengalaman mengandung dan melahirkan sekali lagi.
dan saya taknak lah mengandung bila usia dah lewat lewat ni.
plan kami, nak kumpul duit. bayar hutang.
lipatgandakan amal ibadat, dan travel seluruh dunia.
cewah seluruh dunia tu tak agak agak hehe.
apa apa pun yang terjadi, saya redha dan terima seadanya.
terima kasih pada yang mendoakan 🙂
oh last but not least, pada TTCians yang baca blog saya ni, boleh la refer pada point point yang saya tulis kat atas tu.
boleh je pegi jumpa mana mana gynae yang korang rasa selesa.
untuk bajet pulak, sediakan lah dalam RM1000 – RM1500.
saya punya total dalam RM1000.
kita cuma merancang, Allah SWT jua yang menentukan.
takde anak tak bermakna hidup ini akan berakhir.
kita bahagia. dengan cara kita 🙂
love,
Mya

    21 thoughts on “Saya dan suami memang nak zuriat TAPI…..

    1. Masy

      usaha dah buat, tinggal berdoa dan tawakal jelah kan kak 🙂
      insyaallah.. kite seme doa sama2 untuk encik z jr. hehe (Y)

      1. mya Post author

        salam adzah.. sorry lama tak communicate dgn awk. bz sgt la.
        migraine saya dah kurang, tak kerap macam dulu. 🙂

    2. Lyn Yusoff

      insyaAllah ade yg terbaik tuk u & en. z..
      pray the best for u both.
      mcm my sis pun dah 5 thn blum ade anak lagi..
      mcam2 usaha dah dibuat.. tapi belum ada rezeki lagi..

    3. aziah

      insyallah kak, kita dah berusaha, allah jua menentukan. sekurang2nya akak dah ada pengalaman pertama kan? 1 fine day, insyallah ada rezki itu. keep pray

    4. Maya

      Maya, apa yang Maya lalui sama macam apa yang KakNaja lalui dulu.. bezanya cuma kakNaja buat kat hospital Putrajaya.. dan ya bila kat sepital kerajaan ni, taulah dia punya slow cemana.. Kesabaran mengatasi segalanya. Untuk Maya dan Z, semoga rezeki zuriat akan mendatangi kalian samada cepat atau lambat.. hidup dengan redho atas segala ketentuannya pasti berbahagia.

    5. itayanin

      Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan suami kita..
      remember..kalo ujan bukan selamanya takkan berhenti..pas berhenti ujan pasti ada pelangi yang timbul..
      sama2 la kita tgu pelangi tu..
      btul..masing2 ada cara untuk meraih bahagia…x perlu diuar2kan kat suma org yg kita sememangnya BAHAGIA meskipun tanpa rezeki yg 1 tu..
      ko baru 4 tahun beb…ada orang yang 10-20 tahun kawin pun takde anak..tp diorg bahagia..even aku pun dah 7thn kawin blum ada rzki..
      ingatlah..kalo kita rasa kita susah..ada lg org yg lebih SUSAH dari kita..:)

    6. atty

      salam mya..kty doakan mya ada rezeki nanti menimang cahaya mata,ameen
      jgn putus asa mencuba..dan berdoa..
      inshallah ada rezeki mya nanti..

    7. Beautyfull_Maria

      saya doakan yg tbaik buat akak..Rahsia Allah xde sape yg tau Kak,akak da berusaha+doa, Insyaallah akan ada rezeki..klu xde yg dihajati Allah pasti ganti dgn yg lain 🙂

    8. Shima Ariff

      Suka setiap entry awak akhir2 ni……Lebih terbuka…….Pilihanraya…yg ni plk. Akak sukalah….Ada hikmah tu, fikir positif. Fokus pada Yaya, berikan didikan agama yg terbaik. Insya’Allah, walaupun sorang jdkan dia yg terbaik. Dia yg akan menjaga dan mendoakan awak. Ramai tak tentu lg……

    9. nama saya Ain

      Kak, dulu rai penah baca. Masalah tak dapat anak ni

      30% masalah suami
      30% masalah isteri
      30% masalah dua dua
      dan 10% kuasa Allah Taala.

      kak dgn en z dah berdoa dah berusaha dua dua cek dah ok maka serahkanlah 10% tu kat Dia. Adalah sebabnya tu. Berusaha lebih jitu dan kerap #eh

    10. Shera

      Salam Jumaat kak Mya..
      shera pon dah buat semua procedure kat atas tu..tapi belum ade rezki lg..
      usaha, doa, dan tawakkal..Allah knows best! InshaAllah kak..chayok2!! (*)

    11. cemylya

      Usaha dan tawakal ekk..Insya Allah..
      Kita share bulan yg sama utk wedding anniversary 😀

    12. suriaamanda

      allah mahukan yang terbaik untuk Mya..insyaallah ada rezki tu…along ni x tau lagi cane..dah 7-8 tahun menjanda..ntah in the future boleh ke atau x…risau jugak..

    13. phatlady80

      Assalam..insyaAllah dah ade sorg, ade ler tu nnt..

      saya dah 7 tahun xde lagi.. ;-(

    14. s2m3r

      insyaallah…kita manusia ni hanya mampu berusaha
      Allah jua menentukan…..

      pasti ada rezeki kalian berdua..

      all the best Ok..jgn stress…….!!!!