Pusing Pusing Labuan

apalah sangat alas perut dengan chicken wings dan tongkeng ayam, kelaparan masih menguasai diri.
lalu semua sepakat membawa berkat mau cari makan di tepian pantai.
amboi tetengah hari rembang di tepian sangat.
lalu kami pun ke pantai pancur hitam mau mencari makan.
terima kasih la kat dyana yang drive naik bukit turun bukit masuk hutan keluar hutan, ujung ujung nan adoooo pantainya.
eh maksud saya pantai tu memang la wujud tapi kayak dilanda garuda gitu. sunyi nau. so scary.
memasing dah tarik rambut cakau mencakau dalam kereta sebab lapar.
sebagai ketua kumpulan harus saya bertindak.
saya kata jom pegi terminal feri tu.
takkan la takde kedai makan di situ?
lalu pergilah kami dengan satu tujuan utama mencari makan.
dan tujuan sampingan, mensurvey harga coklat.

: : ini bukan kereta sewa kami : :
ada satu la kedai makan kat atas tapi tukang masaknya dah keluau la pulak.
dah la semua lapau serupa hawau.
sudahnya terpaksa makan kat so called restoran mamak yang menggunakan nama sharifah bagi mengaburi mata pelancong.

: : empat empat makan maggie goreng. kata lapau nau tadi? hawau budak budak ni : :
kemudian cross jalan pegi balik kat terminal.
saya beli la beberapa bar coklat yang saya sukai.
ye la mesti la beli coklat yang saya sukai, takkan nak beli coklat yang saya bencii pula.
pastu pegi Masjid An Nur bagi memberi ruang dak masy menjalankan tanggungjawabnya sebagai solehah sejati.
kami yang lain keuzuran. macam janji janji pula ia.
kemudian terus zass ke kampung patau patau 2.
kerana mengikut kata saya, akhirnya kami semua sesat jalan hahahahahha.
tapi dak masy relax je walaupun saya membangkang jalan yang dia suruh lalu.
pastu bila saya salah, lalu saya malu, dak masy cuma mengangkat angkat kening saja tanda kemenangan.
sedang berjalan menikmati keindahan kampung ini, tiba tiba saya ternampak objek terapung apung di atas air.
terus paksa depa semua tengok objek tu jugak.
mana boleh saya loya sensorang oiii.
ni korang baca, mesti korang terbayang dan loya jugak kan?
hahahahaha puas hati kuu.
cayalah uncle ni. basuh bot dalam air.
ramah pulak tu, siap tegur kitorang tanya dari mana semua.
saya pun tanya ‘uncle, tak dalam ke?’
dia kata dalam sikit saja. bagus uncle.
semangat begini yang kita mau.
takmau racist racist. sebab ini kalilah. ubah! #tetiba
seterusnya. ke taman botani.
letaknya di jalan OKK Abdullah.
basically taman botani teman orang berekreasi la.
jogging, bersenam.
nak dating pun boleh juga.
pelbagai jenis tumbuhan dan pokok pokok ditanam di sini.
kami pun jalan la pepelan tawaf taman botani ni.
panas tak usah dibahas la.

pukul 6.30 petang camtu kot rasanya kami pun gerak la.
mau dinner di anjung ketam.

2 thoughts on “Pusing Pusing Labuan

  1. “kerana mengikut kata saya, akhirnya kami semua sesat jalan hahahahahha.
    tapi dak masy relax je walaupun saya membangkang jalan yang dia suruh lalu.
    pastu bila saya salah, lalu saya malu, dak masy cuma mengangkat angkat kening saja tanda kemenangan.” – kalau org lain yg salah ni haruslah sy dah gelak kekuat sambil cekak pinggang tanda kemenangan, sibbaik dgn akak ahahahahhaha

    btw, sy tak tengok plak amende yg terapung tu. mesti sbb sy jalan belakaaaaang lambat sket dok snappy2. fuhhh untunglaaahhhh…~~

Comments are closed.