Blog Maya Dot Com

Preview Screening Pee Mak

kelmarin saya pegi nonton Preview Screening filem Pee Mak kat GSC midvalley.
tq nuffnang sebab bagi 2 tiket 🙂
Pee Mak ni cerita Thailand.
yang di’remake’ dari filem momok terkenal tahun 1999, Nang Nak.
tapi Pee Mak ni diberi sentuhan komedi.
kira ala-ala kelakar kelakar seram gitu lah kekiranya.
jalan cerita saya rasa 90% sama.
ada la sikit diolah here and there.
Mak pegi berperang, tinggalkan wife dia Nak yang tengah pregnant.
Nak mati masa melahirkan Dang, anak lelaki depa.
Habis perang, Mak ajak kawan kawan dia datang lepak kat kampung dia.
Rumours bertebaran kata Nak dah mati dan orang kampung semua ketakutan.
Kawan-kawan Mak 4 orang, Puak, Aey, Shin & Ter kebetulan mengalami experience pelik pasal Nak, so diorang pun nak yakinkan Mak yang Nak dah mati tapi Nak kenot accept.
20130522-082927.jpg
Komen saya?
Cerita ni lawak ok! Lawak yang hebat!
Yer saya ni susah sikit nak ketawa.
Urat lawak dah putus gamak eh.
Tapi bila nonton Pee Mak ni haaa bahak bahak jugak lah saya gelak.
Kawan-kawan Mak yang 4 orang tu memang lawak habis.
Jalan cerita macam boleh agak tapi tah tetap best.
Out of 5 saya bagi 4 setengah bintang.
Korang pegi lah tonton nanti yer.
Pee Mak akan berada di pawagam pada 6 Jun 2013 nanti.
Boleh tengok trailer kat SINI.
Keluar dari panggung, tanjat sekejap tengok hantu Nak pose pose kat luar dukung Dang.
Terus mintak izin nak bergambar bersama.
Beliau cuma menjeling. Maklumlah hantu kata ko!
20130522-082937.jpg

    7 thoughts on “Preview Screening Pee Mak