Labuan Market & Makan Makan

hari ke 3 di labuan.
kereta harus dipulangkan jam 10 pagi nanti.
maka pagi pagi alam saya dah kerah budak budak ni bersiap siaga.
mau ke labuan market.
saya nak cari kain batik dan fridge magnet.
oh yer 2,3 hari kan labuan panas menyengat.
tetiba pagi ni hujan.
yang boleh tahan lebat juga lah.
sujud syukur. sejuk sikit la bumi labuan yang panas ini.
labuan market ni cam bazaar biasa lah.
ada jual tshirt, souvenier, bag, fridge magnet, kain ela, kain batik semua.
tak nak berlengah lengah.
saya sambar tshirt, fridge magnet dan kain batik.
kat kedai uncle ni saya beli kain batik.
oiii cantik cantik semua.
saya ambik 5 helai kesemuanya.
selai RM15 saja. murah la kot kan? batik indonesia katanya.
beli fridge magnet berbentuk beg tangan juga di sini.
pening kepala uncle ni melayan macam macam kerenah haa..
ni kedai lagi satu.
bebudak tu borong apa ntah kat sini.
saya dah dapat tshirt, kain batik dan fridge magnet dah puas hati dah.
dah dapat apa yang dihajati terus bergegas balik financial park.
park kereta kat tepi jalan di dalam rintik hujan.
nanti senang nak pulangkan.
terus cari makan sebab memasing dah lapau.
tapi dalam lapau pun makan roti canai je, acaner?
tetengah makan, brother sewa kereta tu call.
so pulangkan kereta, ambik resit, say thank you, say bye bye.
sambung makan roti canai.
pastu ronda ronda lagi dalam financial park ni cuci cuci mata.
lepas penat, balik apartment.
tak buat apa pun la, lepak lepak saja dalam bilik.
ke saya tidur? tidur kot.
menjelang pukul 12 tengah hari budak budak ni ajak tapau makan.
sebabnya depa nak tengok cerita hindustan.
so layankan aje.
tapau kat ayamazz roti impit.
tapi tak beli ayam atau pun roti.
beli sphagetti bolognaise dan honeydew bubble.
bersama waffle.
saya lepak kejap dengan depa layan hindustan tapi pastu ngantuk balik, so sambung tidur.
lupa plak nak tanya budak budak ni apa ending cerita tu eh?
cerita hantu menyamar jadi orang. boleh?
lalu malam pun menjelma.
lepas isyak keluar cari makan.
repeat balik la kat medan selera depan tu.
tapi kali ni tukau kedai lain.
masih mengekalkan chicken wings.
saya makan mee bandung kot?
ok la sedap dari kueyteow yang malam first tu.
depa sambung shopping coklat.
saya berurut dengan kerusi urut ni ha.
pastu tetiba depa pun sampai sama menyibuk nak urut.
malam terakhir ni saya macam tak berapa boleh nak tidur sangat.
pusing ke kiri pusing ke kanan.
golek ke kiri golek ke kanan.
tapi last last tidur gak laaaa.
nasib baik malam terakhir!

7 thoughts on “Labuan Market & Makan Makan

  1. saye pon takleh tdo malam tu, padahal pasang surah al baqarah kt utube dengau sampai abes. 2 jam tuuu tp takleh tdo huhuhuuh

    tu yg dak rye kene hempap malam tu kan. tsskkk

    • Hukhuk. Aku dah best layan ternganga nganga kat sofa kak maya ajak masuk bilik. Cantikkk ja aku kena kena hempap lalkishen. Dah la red cross. Nampak sgt tido x baca doa.

      • MASY & AIN : akak ketakutan sebenarnya. terjaga. tu pasal gigih bangun kejut ain suh masuk tidur dalam bilik gak huhuhuuu..
        takoooootttt….

Comments are closed.