Kenapa kita kena cabut gigi bongsu?

baru-baru ni saya sakit gigi.
sebelah kanan atas sakit yang kat belah tampal tu.
yang belah kiri plak sakit belah atas sebab makanan asyik la tersentil kat celah celah antara gigi.
sebab tak tahan sakit terus ambil time off pegi jumpa dentist.
saya ni agak culas jugak bab bab jumpa dentist.
bila sakit baru la hegeh hegeh nak pegi.
rasa dulu saya penah jugak kot blog kan pasal saya sakit gigi ni.
dentist yang saya pegi kat setapak tu suruh buat root canal bagai.
tapi saya tak confident.
lalu saya pegi jumpa dentist lain.
tapi saya tak ingat sangat dah apa ke sebab gigi saya tu sakit.
rasa takde cabut kot. ntah la. cannot recall.
tu setahun setengah yang lepas punya cerita.
masa tu lagi 2, 3 hari saya nak pegi bali.
sib baik sepanjang kat bali tak sakit dah.
ok berbalik pada gigi saya yang sakit ini.
saya pegi klinik gigi azlina ang kat kl sentral.
itu yang paling dekat nak pegi dari office.
so pegi lah.
cerita cong ceng dengan doktor.
dia kata yang belah kanan saya sakit tu sebab tampal tu dah pecah.
mau tak pecah, tampal ni buat masa sekolah menengah kot!
yang belah kiri tu pulak sakit sebabnya sisa makanan terselit kat celah antara 2nd molar dengan 3rd molar.
doktor pun explain pasal 3rd molar tu.
barulah saya macam ‘ooooooooooooooo’
serius memang panjang oooo saya sebab all this while saya memang tak penah ambik tau pun pasal wisdom tooth aka gigi bongsu ni haaa.
dulu saya dah pernah cabut gigi bongsu belah bawah.
dalam 7 tahun lepas gak la, dah keje kat B** ni ha.
sakit nyut nyut gigi so pegi la jumpa dentist.
doktor cek gigi bongsu saya tumbuh melintang.
apa laga, tanjat la gegirl.
sila rujuk xray di bawah.
dan perhatikan gigi terakhir yang tumbuh di sebelah kanan.
haaa gitulah romannya gigi bongsu saya yang tumbuh melintang itu.
untuk proses nak keluarkan gigi ni tak dipanggil cabut gigi yer tapi minor surgery.
sebabnya gigi tu terpaksa dipotong dua.
potong separuh dulu, pastu baru tarik lagi separuh.
masa ni saya buat kat klinik kat ampang park sana.
ni tengok dalam versi illustrasi pula.
lagi nampak jelas kan?
masa tu doktor takde la plak explain kata gigi bongsu ni ada 4 batang atas bawah kiri kanan.
saya ingatkan cam sebatang gitu je kot.
dah nama pun bongsu, macam anak bongsu.
ingatkan one and only. rupanya ada 4 batang.
gigi manusia akan ada 32 batang.
tapi di usia 16 – 21 tahun, disarankan untuk buang 4 gigi atas bawah kiri kanan tu sebab memang ia gigi yang tak berguna.
nak gosok pun tak sampai, dan tak mempunyai fungsi pun untuk mengunyah makanan.
kalau tak berguna kenapakah gigi ini muncul?
mungkin telah ditakdirkan begitu barangkali?
mengikut kata doktor gigi tu macam untuk menampung rahang.
bila rahang makin membesar, dan gigi tu takde ruang nak tumbuh haaa tu lah sakit nyut nyut.
ishh tak reti saya nak explain, tapi pokoknya gigi bongsu 4 batang itu wajib dibuang untuk mengelakkan kesengsaraan dimasa hadapan.
20130424-172733.jpg
masa nak cabut gigi tu haruslah nervous.
krok krek doktor goyangkan, pastu pap! cabut.
ngilu sikit je la sebab dah dibius kan, so kurang la sikit sakitnya.
tapi darah mengalir banyak la.
gigit je la tisu tu berulang ulang kali sampai darah kurang.
20130424-170729.jpg
pastu doktor bagi la ubat ubatan.
dan dapat MC 2 hari.
ini MC halal yer. bukan beli beli.
amboiiii biasa dia tu kata saya beli MC.
dosa tau. nanti saya mati awak tak sempat mintak maaf kat saya cemana?
tapi takpe, saya maafkan awak. sebab saya baik hati 😀
20130424-170741.jpg
tetiba encik z ada khennn.
dia pegi buat scaling. pastu ada gigi dia yang kena tampal baru jugak.
dan jeng jeng jeng, dia pun kena cabut satu gigi bongsu gak.
tapi belum buat appointment lagi. maybe sebelum puasa.
doktor kata gigi lelaki lagi keras dan kuat. uhuuu..
20130424-170901.jpg
lepas cabut gigi saya MMS gambar gigi kat yaya.
alololo tomeynya dia reply dengan pertanyaan ‘bukan gigi mommy gigi kekal ke?’
hikss..
korang cepat pegi cek gigi bongsu korang.
kalau tidak awasss… bersedialah menanggung kesakitan, bukan sekarang barangkali, tapi di masa depan.
#sayangigigianda #ubah!

7 thoughts on “Kenapa kita kena cabut gigi bongsu?

  1. grr.. gg bongsu memang menyakitkan kan? takuit la nak jumpa dentinst. ni ada rasa ngilu2 nih, gg dah pecah. ;-( perasaan takut dan sakit sedang menguasai diri.. hehe

  2. aku punya empat2 ketul dh selamat dh .. yg 1st situasi dia mcm ko laa, melintang .. so kena 2 kali bius, 2 jam operate .. gigi aku dh pecah serpih2 xde rupa gigi dah .. pastuh 2nd time, aku sakit gigi ada ke doktor ckp tunggu aku x sakit baru nak cabut .. dan2 aku yg balik jadi doktor .. aku suruh doktor buat jugak aku x kira .. hahaha .. yg lain cabut mcm biasa .. so x payah pening2 kepala nak pikir lepas neih ada lg sakit gigi ke x .. hihihi ..

  3. Dee dah buang wisdom tooth 2 tahun lepas kat klinik kerajaan..RM50 je..oklah tak sakit..kalau tak buang lagi sakit kot..huhu..

  4. kak Mya, nak tanye.
    kire akak dah buat la minor surgery buang gigi bongsu tu?
    bape anggaran kos ye kak? sbb kwn shera tggu appointment kat hosp gomen, kne tggu smpai 2-3 bulan.
    sakit tak tertahan2 dah, cian kat die.
    klu gigi bongsu yg kuar melintang tu x sakit, still kene buang jugak ke cmne?

    • alamak yang.. akak bnm cover..
      so tak pasti berapa cost nya..

      mengikut doktor macam tu la.
      tak sakit pun tapi kena cabut jugak.
      sebab sooner or later akan sakit huhu..

Comments are closed.