Saya Ailurophobia !

{TAHUKAH ANDA?}
Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini, seperti di dalam gambar.
Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.
Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.
Aneh bukan?
CREDIT HONEY Pet Shoppe 
Patulah pun. Selalu kalau kat kedai makan mesti kucing akan stare kat saya, pastu datang dekat nak gesel gesel.
Saya bukan benci kan kucing.
Saya cuma tak suka, tak minat, geli dan takut.
Dan saya rasa kucing ni semacam satu gangguan untuk saya.
Letaklah secomel segebu mana pun kucing, saya tetap say no no no.
Jangan salahkan saya.
Meoww….

3 thoughts on “Saya Ailurophobia !

  1. kalau en z pakai costume kucing camner?
    mintap maapla en.z terpetik nama plak
    jgn saman saya

  2. Saya pon mmg takut dgn kucen2 nie, ish patut la!! 🙁 ni yg rasa nk nangis nie..confirm tmbh bdebar lg lps nie bila nmpk kelibat kucen.. eee x sukenya :((

Comments are closed.