Bye Bye Legoland Nusajaya!

ok ni gambar gambar random kat legoland yer.
keputusan untuk menyewa stroller memang keputusan yang bijak.
dema bergilir gilir duduk dalam stroller ni.
sib baik memasing ok je gilir gilir.
tapi sini memang panas i tell u.
tempat dah la besau, kau nak menapak ke sinin sinun memang berpeluh.
saya ni kira ok lagi lah kan sebab takde anak kecik.
kalau yang bawak baby tu saya rasa cam duhh siannya.
tak sesuai kot nak bawak baby yang umur setahun ke bawah.
bukan depa ngerti apa apa pun.
mak apak letih, baby apatah lagi kot.
_MG_4938
ceyy posing good tu untuk kebersihan dan tong sampah la kan.
tapi awat muka cam nak cari gaduh caca?
u tell mommy now..
_MG_4970
cantik camel ni oiii.
serius memang saya tertonggangtonggek tengok cemana romannya dibuat ni.
_MG_4990 OLYMPUS DIGITAL CAMERA
: : Imagination. memang sini sesuai untuk kita berimaginasi : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
: : cantik oiiiii : :
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
: : zirafah pulak dah haa : :
oh yer dalam pukul 3 petang camtu hujan turun dengan melebat tau.
lalu kami pun berteduh la di playground ni ha.
budak budak leka la main.
PB231691
: : saya termenung : :
PB231694
: : encik z makan jajan : :
PB231692
: : seronok jadi budak. main je keje : :
dalam sejam camtu gak la hujan.
lepas hujan tu la yang baru kitorang naik mini train tu.
masuk dalam kedai nak tengok kot apa boleh dibeli.
fridge magnet tak menarik.
tshirt dan mainan lain semua mahal oii.
ah sebut pasal mahal, makanan dalam ni pun mahal juga.
saya tak ingat dah harga tapi mahal ah.
set burger kecik tu kitorang kongsi 4 beranak haha.
bukanlah kedekut ke apa tapi cam hoiii apa ke mahal nau.
begitu.
tapi kalau korang tak kisah, beli je la kan.
makanan tak boleh bawak masuk.
security cek beg secara rambang, so nasib nasib lah.
saya beli beg legoland yang warna pink tu je la untuk yaya.
mestilah nak jugak ada kenangan kan.
eh saya beli payung jugak. kelass ada payung legoland.
PB231717
PB231718
: : alololo comelnya anak mommy jegil mata begitu : :
mimie ada komen kat facebook kata comel yaya pakai short dengan singlet camtu.
katanya anak dia YN dah takmo pakai dah.
heeee how to say eh?
memang saya yang nak pakaikan dan suruh yaya pakai.
dia pun rasanya ok je kot pakai, takde la macam taknak ke apa.
ramai anak-anak kawan-kawan saya yang sebaya dengan saya tengok tak ramai yang pakai seksi seksi ni.
in fact ada yang dah bertudung pun.
kita semua ada cara masing-masing kan. so terpulanglah.
saya sendiri umur 32 baru bertudung. ni pun bertudung tak proper lagi ha.
so saya taknaklah anak saya baru 9 tahun dah serebeh serebeh nak bertudung.
don’t get me wrong yer.
saya cakap pasal anak saya. dia tak pandai lagi nak kelebet kelebet tudung.
kalau pakai pun jadi selekeh mekeh no point jugak.
lagi satu takutlah pakai dari kecik ni, sok sok dia dah besar rasa nak bergaya, dah tudung dicampak pulak.
lagi sekali macam saya katakan, anak masing-masing style masing-masing.
okey?
okay kawan-kawan, saya tutup cerita legoland kat sini.
akhirnya… akhirnyaaaaaaa…. berjaya jugak saya habiskan selepas 5 bulan.
hip hip horeyyy…
so korang yang nak ke legoland tu, selamat lah berenjoy enjoy yer 🙂

3 thoughts on “Bye Bye Legoland Nusajaya!

  1. best eh legoland?
    yelah, masing2 punya anak,masing2 punya style la ka? tp xsalah kalau kita didik dr awal utk diorg menutup aurat. supaya bila dah besar nnt diorg faham. tapi idok le perlu paksa kan?

  2. habis jugak entry pasal legoland…yg pasal yaya tu saya ok je ngan pandangan maya…yang penting tiada paksaan…

  3. suka jugak tgk kecik2 dah pki tudung, comei je
    yaya kecik lagi kot oklah pakai gitu bkn over pun
    janji akak dh didik dia mana baik buruk
    nnti dia paham sendiri insyaallah

Comments are closed.