Sofina @ Mukha

korang…
saya terrrrrrrrrrrrrrbeli beg lagi la.
itu je la alasan kan. asal beli je terrrrrrr… asal terrrrrrrrrr je beli. heh.
saya follow twitter vivy yusoff.
pastu nampak la dia ada tulis yang beg sofina ni akan keluar pukul 11 pagi.
dulu first batch saya ada je usha, tapi cam tak berapa berkenan dengan warna yang ada masa tu.
so bila vivy tweet kata akan keluar new batch pukul 11 pagi terus cam ok ok kena bersedia ni.
tapi saya terlupa nak check fashionvalet pukul 11 pagi tu.
pukul 12 tengah hari baru saya tengok.
browse punya browse, usha punya usha nampak la beg sofina warna fuschia ini.
terus cam tak pikir panjang, klik klik. ada COD plak tu. cantik sangat lah.
keesokan harinya haa terus dapat beg. memang pantas ah servis fashionvalet.
beg ni besar okkk. saya memang suka beg besar-besar.
segala macam mak nenek boleh campak masuk.
selalu yang beg besar besar ni yang ada anak kecik kan, tapi saya takde anak kecik pun sokayy.
suka je.
hari sabtu lepas subuh kenot sambung tidur.
ajak encik z pegi breakfast kat mukha cafe, ttdi.
saya dah penah blogkan dulu dah pasal mukha ni.
kawan sekolah saya yang bernama wan tokey kat sini.
so pegi.

: : big breakfast. kenyang angat angat : :
wan sebaya saya. masih single. so sapa sapa yang single di luar sana, sila sila lah ke mukha cafe kalau nak berkenalan dengan wan.
tu saya  bawak beg sofina tu. suka!
tudung boleh view kat SINI. seluar boleh  view kat SINI.

: : boleh digayakan dengan 4 cara. pilihlah mana berkenan di kalbu : :
harga beg ni? check it out sendiri lah kat fashionvalet. tu pun kalau ada lagi la!

12 thoughts on “Sofina @ Mukha

    • jgn kata dari shah alam nak ke ttdi jauh.
      akak ni ha dari wangsa maju ke ttdi. haaa haaa haaa.. bapok jauhh..
      tp berbaloi laa sebab bekfesnya mmg sedapp

  1. Lawa kalernya.

    Aku pun baru beli beg kak.

    Rm28 mintak diskaun dapat rm25. Cap wang klian muahahatadek brand muahaha… Sungguh low end aku ni. Tapi takpa asal bahagia.

  2. cantik la kaler beg tu
    pluspoint bleh dipakai pelbagai style
    mmg berbaloi
    *cam review plak*

Comments are closed.