Sekolahku, Kenanganku…

esoknya pukul 11 pagi check out dari tune hotel.
masuk town lalu nampak muzium ktm ni.
ingatkan boleh la melawat tapi macam belum bukak to public lagi rasanya.
berlalu dengan kekecewaan.
saya membesar dengan ktm kot!
arwah abah bekerja dengan ktm sampai la beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1993.
sebelum gerak balik saya ajak encik z pegi kat sekolah saya yang lama.
dulu masa darjah 1 – 6 saya sekolah kat JB yo.
memula pergi sekolah kebangsaan p bandar tinggi.
saya darjah 5 & 6 kat sini.
kawan yang saya masih berhubung sampai sekarang ialah bin.
ni pun lama tak jumpa dah.
bin, apa khabar?
kat sini saya darjah 5 zamrud & 6 zamrud.
rumah sukan hmmm hijau rasanya 🙂
sebelah sekolah ni ialah sekolah cacat pendengaran.

: : sedondon plak kami anak beranak : :

: : tu bangunan kelas saya : :
dari sekolah kebangsaan p bandar tinggi, ke sekolah keb mohd khir johari pulak.
sekolah ni dah area kampung melayu majidee.
saya kat sini dari darjah 1 – darjah 4.
dah takde contact sesiapa dah.
tapi ada la a few nama kawan-kawan yang saya ingat.
saya rasa mostly depa semua ada kat JB jugak la kot.
saya ni je ha musafir berkelana.
seterusnya, ke sekolah agama plak.
pun dalam kawasan kampung melayu majidee.
sekolah agama dato’ abdullah esa.
saya sekolah kat sini setakat darjah 4 je lah sebelum pindah ke singapore, dan masuk sekolah bandar tinggi tu.
seronok sekolah agama ni.
belajar bahasa arab, tajwid, feqah, tauhid dan macam-macam lagi.
sekarang ni kira macam kelas KAFA la kot ek?
dah alang-alang ada kat kampung melayu majidee, kami singgah rumah lama kami.
duduk kat sini ermmm.. dari saya 5 tahun kot? sampai la darjah 4.
rumah ni banglo yang besar, tuan rumah pecah pecahkan jadi beberapa rumah.
saya kawan baik dengan anak tuan rumah ni, siti hasliyah aka aida.
dulu aida rajin jugak baca blog saya ni, taktau la sekarang. senyap yo..
dulu nampak kawasan ni besar je, ye la sebab saya pun kecik kan masa tu.
ni datang balik rasa ohh kecik je pun he he.
rindu lah!
rumah yang saya sewa tu jalan terus je belah kanan.
kat belakang ada kawasan luas boleh main lumba lari.
ada pokok pisang juga.
tapi sedih la bila nampak signboard ni.
nak di jual. rasa cam oh sayangnyaaaaa.
mungkin sebab semua pun dah pindah KL kot.
kalau saya banyak duit mesti saya beli #tetibasangat
berdepan dengan rumah sewa ni, ialah rumah orang yang ajar saya dan kaklong mengaji.
pakcik aziz namanya.
tapi mama pegi bagi salam cam takde orang.
takpela takde rezeki nak jumpa.
entry ini ditaip dengan berlatarbelakangkan lagu sekolahku by mamat.
klik SINI untuk download 🙂
Sekolah ku oh sekolah ku begitu ku rindu
Disitu tinggalnya kenangan semusim berlalu
Sekolah ku kau membekal ilmu untuk ku dewasa

4 thoughts on “Sekolahku, Kenanganku…

Comments are closed.