Perjalanan ke Johor Bahru

ini cerita 4 bulan yang lepas, tahun lepas.
selalu kan cerita travel ni yang malasnya sebab nak resize dan nak upload gambar.
nak karang cerita pun yer femalas jugak, acaner?
bila malas, apa pun tak boleh.
tapi kang kalau tak mula, sampai ke sudah jugak la malasnya.
so nak tak nak naip jugak la pepelan.
trip ke legoland johor bahru ni dari 22 november – 25 november 2012 ni saya la pencetusnya.
walaupun segala mala trip memang saya yang pun pencetus.
encik z sokmo ok saja.
bertolak 22 november hari khamis dalam pukul 11 pagi camtu lah.
stop kejap kat R & R somewhere in Johor.
R & R yang bapak banyak nya lalat.
tapi ada la penerangan kat situ kata sebab situ berdekatan dengan tempat penternakan ayam, tu pasal la banyak lalat.
ok acceptable.

: : first time saya tengok aiskrim bentuk pisang : :
pastu terus je shoot ke JB.
kitorang stay kat hotel grand blue wave.
saya tak tau berapa rate kat sini sebab saya ambil pakej hari tu kan.
total bayar RM830.
hotel, breakfast, transfer legoland/hotel, tiket masuk legoland semua pun untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak.
bilik dia sokayyy la besar.
tak ambik extra bed pun sebab katilnya dah besar.
malam tu rapatkan je pastu ramai-ramai tidur.
tak sempit pun.
dah check in apa semua, budak-budak nak turun mandi pool.
hah iyerlah pegi lah.
sepanjang tahun ni memang ini je la swimming suit si yaya yang dah lebih lapanploh kali keluar kat blog saya ni kan.
takpe esok esok dia dah tak muat nanti saya beli lain lah pula.

: : dari bilik boleh nampak swimming pool nya : :
esok bangun pagi pagi mandi semua siap pastu turun breakfast.
pilihan makanan pun banyak jugak.
paling best ada miso soup! 3 kali kot saya tambah.
me loike miso soup.
naik bilik kemas kemas semua terus turun tunggu kat lobi.
janjinya van pukul 9 pagi nak menjemput kitorang.
tapi udahnya pukul 9.50 pagi baru muncul. pfffffffttt..
bikin panas!!
blouse saya tu dari poplook.
selesa tapi takde lining kat lengan, so kena pakai inner.
seluar tu beli kat carrefour RM39. selesa.
tudung plak ehem ehemm dari tudung syria jualan saya.
sapa berminat nak beli boleh email email saya k.
ada a few colour yang tinggal nih.

: : dah boleh harap snapkan gambar si caca ni : :
pukul 10.30 pagi camtu baru la sampai legoland.
agak kelambatan laaaa. nasib nasib…

3 thoughts on “Perjalanan ke Johor Bahru

Comments are closed.