Pergi

selepas apa yang kau lakukan terhadap aku.
sekali. dua kali. tiga kali.
tak malu kah kau bila berdepan dengan aku lagi?
jujur. sakit di hati tidak terperi.
dan lukanya tak mungkin sembuh kembali.
bilakah agaknya kau tidak akan lagi ada di depan mata?
semalam tiada dapat ku ulang.
hari ini. esok? barangkali?
aku cuba untuk tidak membenci.
maka. aku memilih untuk pergi.

7 thoughts on “Pergi

Comments are closed.