Makan Makan

saya rasa saya hold dulu cerita kat legoland tu.
biar saya habiskan cerita kat JB dulu la kot eh.
sebab kat legoland tu gambau banyak nau sampai berpinau nak milih.
lagipun kat situ rasanya cam tak banyak cerita kot, nak letak-letak gambar je rasanya.
ok dari legoland tu balik ke grand blue wave hotel ambik kereta, then terus zass ke tune hotel kat danga bay.
berhenti dinner kat chamek kopitiam.
makanan sedap cuma servis agak melambat huhu.
yaya berselera makan mee goreng, gamak lapar la kot.
kat legoland makan apa je pun.
nampak caca kat sebelah tu dah terlena.
pastu mengamuk ngamuk pfffttt..
check in apa semua, memasing terus krooh krooh je.
letih kot!
esoknya bangun pagi siap nak pegi jenjalan.
budak berdua ni memang all the time je pun melepak kat bilik saya dengan encik z.
bila waktu tidur baru la pandai balik bilik depa.
breakfast pagi tu makan apa yang ada je.
beli roti dengan milo nescaffe 3 in 1.
pastu tengah hari keluar lunch kat restoran singgah selalu yang famous amos tu.
walaupun sekangkang monyet je dari tune hotel tu tapi punya la pusing pusing abang halim mencari.
kitorang duduk belah dalam.
makanannya sokayy la sedap sedap jugak.
nama makanan semua usah ditanya, saya pun dah lupa.
resit pun tah mana campak tak dapat nak share harga dengan korang.

: : caca si penggila kambing : :

: : tapi nak jugak bersuap nasi : :

: : ada tempat mainan ni kat dalam : :
sebelum gerak, budak budak ni sempat pau saya snogurt.
RM25 harganya!
ok mommy nak pengsan sekarang!

: : nasib baiklah mommy sayang korang sangat sangat! : :

3 thoughts on “Makan Makan

Comments are closed.