Lasertag Challenge with Bloggers

masa mula-mula kakred ajak join lasertag event i was like errr lasertag? apakah?
tapi dalam apakah itu tetap angguk laju laju nak join jugak.
bila bagitau kat encik z, mamat tu lagi la apa ni apa ni, event apa ni?
membisu saya dibuatnya.
tapi pun tetap tarik tangan dia jom jommmm..
lalu di hari kejadian bertolak lah saya dan encik z ke ecurve sana.
dan bertemulah dengan kakred yang dirindui.
lama tak gossip. tapi asal nak gossip asyik laaaa kakred blur taktau ujung pangkal.
sabau je lah.

: : saya pakai tudung baru 🙂 : :
tapi bukanlah saya berdua bertiga je dengan kakred dan encik z yer.
lebih 40 bloggers berada di tempat kejadian untuk sama sama berlasertag.
duduk berkumpul, kemudian diberi taklimat.
pastu baru la saya dengan encik z oooooooooooooo gitu rupanya lasertag.
basically ia sama dengan paintball.
cumanya paintball kan macam renyah.
nak kena pegi tempat lah, nak pakai baju tebal lah, segala tutup muka, senapang peluru bagai.
lasertag ni pakai laser je.
so takdela kesakitan kalau kena tembak ke hapa.
maklum lah sekarang ni sakit kena laser lagi pedih ooo dari sakit kena penampar.
penampar sakit kat pipi sekali tu je, lepas tu hilang.
kalau sakit dilaser, menusuk ke qolbu dibawa meresap ke hati.
40 orang ni dibahagikan kepada 8 grup.
ada la jadual yang depa dah buat.
so kau follow je la ikut grup ni.
saya segroup dengan kak red, encik z, shu, nad & anas.
group kami diberi nama sharpshooter.
sesuatu sangat nama group tauuu.
1 game ambik masa 10 minit je.
dan sharpshooter dapat main 4 game.
so total 40 minit.
10 minit nampak kejap? aah memang nampak kejap tapi dia punya penatttt..
seminggu ok paha saya sakit sebab muscle pecah.
kena pakai baju khas yang sambung dengan senapang.
setiap senapang ada nama, nanti dia akan buat kiraan la berapa kali kau kena tembak dan berapa kali kau menembak.
lepas tu boleh tengok markah kat luar.
roxstar tu saya tau. tengok 3050 markah ok i.
dah la masa mula-mula game asyik kena marah dengan encik z & kak red.
depa kata saya ni asyik kena tembak.
pegi tadah muka depan musuh.
yer la sampai bila nak sembunyi kannnn.
kata berani sangat, haaa so pegi mengadap musuh, tembak je bertalu talu, puas hati!
dan keputusannya, sharpshooter dapat tempat ke tiga!
hah siap dapat medal lagi.
last dapat medal masa sekolah rendah kot!
korang kalau berminat nak main lasertag ni, hahh sila lah.
ada 2 cawangan. satu kat IoI mall puchong dan yang saya pegi ni kat e@curve damansara, 1st floor. boleh call 03-77331335 untuk pertanyaan.
harga lasertag?
normal price untuk 1 battle RM18, 2 battle RM30, 3 battle RM40, unlimited RM55.
ada party package jugak iaitu RM50 per pax include 4 battles, 2 jam penggunaan private room dan light snack/refreshment (burger/nasi lemak)
so apa lagi, jom tembak orang!
aku bukanlah selemah yang kau sangka aku tak rela disiksa aaahhh
beranikah lagi bersemuka rasakan kuasa tembakan wanita aaahhh aahhhh

8 thoughts on “Lasertag Challenge with Bloggers

Comments are closed.