Konsert Gegar 5 Legenda

bang, jom pegi konsert gegar 5 legenda
saya ingatkan awak dah taknak pegi konsert bagai ni
ala.. ni bukan konsert put your hands in the air tu. bukan macam konsert j lo yang berhujan kat stadium tu.
ni konsert ada kelas. kat istana budaya
ermm..
dengan jawapan encik z yang ermm tu terus saya beli tiket miahaha.
beli kat the curve sana.
ambik yang murah saja. RM50 campur tax RM3.
pilih seat yang ok ok supaya takde la hazab sangat kan.
inilah 5 legenda nya.
zamani, aris ariwatan, ali terra rossa, rahmad mega & saleem.
apakah yang harus saya komenkan?
sebab konsert ni adalah terbaik wokkkk.
start pukul 8.50 malam dan habis pukul 11.30 malam camtu.
sakit sakit tekak saya nyanyi together dengan diorang.
lagu lagu semua pun otaimer ah.
memang mengimbau zaman zaman bercinta sekolah menengah dulu.
tak keterlaluan la saya cakap rugi ooo sapa yang tak mai tengok.
encik z yang memula ermmm tu dia la paling kuat memekik.
semua pun bertepuk tangan sampai ada yang berdiri diri ah.
port saya dengan tiket berharga RM53 tu memang menarik view nya.
direct nampak stage walaupun tinggi. tapi sokayy.
masa pembukaan konsert, ali terra rossa dengan aris ariwatan keluar naik motor besar.
yang zamani dah siap siap pose pose maut kat motor kapcai.
saya saspek mesti zamani tak tau tunggang motor nih. tu pasal terus pose pose.
tengok tengok bila turn saleem keluar haaa terus dalam van kau haha.
rahmad plak takde kenderaan, terus je berlari.
masa nak masuk balik, si saleem lompat belakang zamani.
terhuyung hayang si zamani bawak motor haha so comel.
konsert ni ada 2 segmen.
segmen yang pertama masing-masing nyanyi 4 buah lagu.
segmen kedua sambung nyanyi 3 dengan 4 lagu.
antara lagu yang rahmad nyanyi medley sekuntum bunga sakura di gurun sahara, suara cinta, nina karina
pastu zamani plak. suara dia fuuuuuu.. kenot tahan.
lemak merdu disukai ramai.
dia nyanyi lagu buat seorang kekasih, kembali merindu, jika kau rasa getarnya
ali terra rossa plak nyanyi lagu teman, semangat yang hilang, sakinah.
lagu rancak rancak ceni memang layan sesungguh.
aris ariwatan nyanyi lagu favourite saya korban cinta!
aaaaa.. kenot tahan!
salem plak walaupun macam lalok lalok je saya tengok tapi suara dia kenot deny lah kan memang best.
dia nyanyi lagu lagu yang tak berapa famous tapi semua pun saya suka.
satu kesan abadi, hakikat sebuah cinta, gerhana cinta luka. fuuuuu…
pastu ramai ramai nyanyi lagu blues terengganu kita.
salem macam pemalas nyanyi sikit.
rancak disuakan mic kat penonton suruh nyanyi.
nevermind salem. people still love u.
last depa ramai ramai nyanyi lagu musibah & kamelia.
Total lagu yang dinyanyikan malam tu berjumlah 35 buah lagu.
baru la saya tau rockers ni semua nampak je ganas tapi dalam hati ada taman.
pandai la buat lawak jenaka.
si rahmad tu expecially. dok kata dia jawa hensem.
yang si ali dok buat aksi terbang terbang dengan rambut ia yang panjang.
terbaik terbaik terbaik (eh macam penah ku dengar ayat ini di blog siapa ya?)
5 bintang untuk konsert ini.
harap harap lepas ni boleh jemput awie, mael xpdc dan ameng spring pulak.
Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara….

5 thoughts on “Konsert Gegar 5 Legenda

  1. salem memang gitu..lagu2 dia masa dalam kumpulan iklam memang best2..tapi bila dia dah solo tak boleh masuk lak saya denganh lagu2 dia..heheh

Comments are closed.