Kena Pau Dengan Anak-Anak kat Danga Beach

dari zoo johor terus ke bandar baru uda.
rumah cik jalil.
kalau korang ingat dulu kan saya pernah pegi singapore yang masa stesen keretapi tanjong pagar nak tutup tu, saya ada pegi rumah cik jalil.
so bila tanjong pagar dah tutup, cik jalil tukar ke johor bahru ni ha la.

: : yaya & caca tengah prektis lancing lagu nobody : :

: : cik jalil & cik ani. azizah kebetulan ada kat jb sebab attend wedding kawan ia : :
dah puas borak makan berulang ulang kali, kitorang pun mintak diri.
tapi tak terus balik hotel. singgah kat danga beach dulu.
kat sini macam ada funfair gitu lah. boleh la bagi budak budak main.

: : hoihhh setiap game RM4 sorang. pengsan : :

: : kena beli token ceni haaa : :
aah nak… mainlah puas puas.
kita habiskan duit mommy yang tak berapa nak ada ni ha..

: : encik z teman budak budak naik train ni ha.. risau katanya. a ah sila lah : :
ok dah habis lebih RM50 kat sini, moh la kita beransur.
balik hotel mandi mandi semua, macam biasa depa mai lagi melepak kat bilik saya.
dok gelak gelak rakam video apa ntah guna ipod encik z.
pukul 12 tengah malam camtu saya halau depa balik bilik.
saya ngantuk tak dapat dibendung lagi dah ha…

One thought on “Kena Pau Dengan Anak-Anak kat Danga Beach

Comments are closed.