Johor Premium Outlet

masa dah kat highway nak balik tu saya tiba-tiba cam teringat eh eh salah satu rancangan ke JB ialah nak pegi JPO!
sib baik tak terlepas lagi simpangnya so letss ke JPO.
takde la nak beli apa pun.
tau la sini mesti mahal belaka kan.
saja jalan cuci mata bawak mama.
bila orang tanya penah sampai JPO? yer penah dongg..
gitu.

: : orang q nak masuk butik coach : :

: : saya pandang je la dari kejauhan : :
sokayy la luas tempatnya.
banyak kedai berjenama. awak pilih je la nak beli apa.
sediakan ongkos nya saja, dapatlah barang idaman hati.

: : anak-anak pau coklat mahal. heh : :
masuk butik vincci.
dapatlah saya 2 ketul belt.
molek benarlah tu sebab dah lama kot cari belt yang murah dan berkenan.
tak silap saya RM25 dapat 2 ketul.
ada la kenangan dari JPO. katanyaaaa..
mama dah tak larat jalan so ia melepak dengan anak-anak.
saya teman encik z pusing pusing masuk la satu kedai ke satu kedai.
kalau ada yang berkenan pun mahal.
tapi bukannya keperluan sangat pun. so takyah.

: : michael kors anyone? : :
selesai tawaf dalam JPO.
marilah kita bergerak pulang ke pangkal jalan.

: : depa tidur betul-betul tau ni. apa punya fesyen tidur taktau lah : :
bye-bye JB.
terima kasih di atas kenangan indah mu 🙂
panjang umur insyaAllah kita akan berjumpa lagi…

3 thoughts on “Johor Premium Outlet

Comments are closed.