Hahaha! Lawak Lah!

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.
 
Buletin Utama – “Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari.”
 
Harian Metro – “Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan.”
 
Utusan Malaysia – “Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?”
 
Harakah – “Kami tiada beca.”
 
Malaysiakini – “Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah.”
 
Twitter @NajibRazak – “Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!”
 
Blog Melayu paranoid – “Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca.”
 
Ibrahim Ali – “Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!”
 
Pancaindera – “Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster.”
 
Mastika – “Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi.”
 
Samy Vellu – “Beca tak bayar tol dicari.! ”
 
Blog Pakatan Paranoid – “Seorang nenek mati dilanggar polis berhadapan kedai ubi beca”
 
Sultan Jamalul kiram – ‘kita akan bangkit dan lawan demi nenek keturunan sulu dan ubi sabah ini’ [ walang ko putui nie yala nag wangkas ni bah]
KREDIT : forwarded email

    20 thoughts on “Hahaha! Lawak Lah!”

    Comments are closed.